Aci x blog ni di'delete'? Maksimum answer no : 20 orang baru x delete.

Thursday, November 25, 2010

Kehijauan :)


Err , terasa dop ?
Iguana kat Taman Rama-rama , Penang .
:)

Tuesday, November 23, 2010

Sabar

Sabar; satu perasaan, tindakan yang tidak dapat didefinasikan.
Ramai yang mudah berkata "sabar ye?" apabila orang lain ditimpa masalah, tapi apabila diri sendiri diuji dengan ujian yang amat dahsyat, masihkah lagi perkatan sabar dapat bertahan dalam diri?
Ayuh! kita belajar bagaimana ingin membuah sabar.


Meminjam peribahasa "lain lubuk lain ikan" disamakan dengan "lain orang lain ujiannya".
Setiap ujian yang ALLAH beri berbeza-beza tertakluk pada kemampuan hamba-Nya. Lupakah kita pada firmannya?


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." - Surah Al-Baqarah, 286


Lihat! Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Dia tidak akan timpakan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Dia juga tidak akan jadikan suatu ujian itu sia-sia tanpa ada hikmah disebaliknya.

Ujian Rasulullah

Kita singkap kembali sirah, baginda Nabi Muhammad s.a.w, ujian  yang menimpa baginda sangat hebat.
Bermula semasa lahir, baginda sudah kehilangan ayahnya, kemudian ibunya, datuknya, disusuli bapa saudaranya, sehinggalah isterinya yang tercinta, Siti Khadijah.


Orang-orang yang baginda kasihi sudah mengadap Illahi.
Ini belum lagi termasuk ujian dalam menyebarkan Islam untuk sampai kepada kita pada hari ini, bermacam-macam ujiannya. Dibaling najis, gigi baginda patah dalam satu peperangan, dipulau dan bermacam-macam lagi tekanan  yang baginda hadapi.


Tapi ujian itu tidak  pernah menghalang baginda supaya menjadi orang sabar.
Cuba kita renungkan kembali  di zaman baginda s.a.w dahulu  tiada handphone, tiada facebook, tiada yahoo messenger dan tiada kemudahan internet seperti yang kita ada pada hari ini, tapi lihatlah kerana kecekalan, kesabaran baginda dan para sahabat, Islam sampai kepada kita hari ini dan kita mengenal Allah dan merasa indahnya iman.


Mungkin ada sesetengah mengatakan bahawa  baginda dapat menghadapi ujian-ujian tersebut kerana baginda merupakan seorang Rasulullah.
Mengapa pula begitu, baginda juga manusia biasa seperti kita, apa yang membezakan ialah baginda mempunyai keimanan yang benar-benar mantap.
Begitu juga dengan ujian yang baginda hadapi sesuai dengan kemampuan baginda.


Ujian yang hebat untuk manusia yang hebat! Kita bagaimana?


dicopy dri i luv islam. semoga kita menjadi orang yang lebih sabar dalam menghadapi ujian-Nya. InsyaALLAH we find our way.





aimi

Sunday, November 21, 2010

Mencari Teman ke Syurga

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
 
Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.
 
"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami" (20:29-35)
 
Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan?
 
Saidina Umar mengatakan, "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya" Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.
 
Namun, berusahakah kita untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik? MENJADI TEMAN KE SYURGA Menjadi teman ke syurga dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang layak bagiNya.
 
"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya" (3:102)
 
Ayat ini mengisyaratkan kepada kita untuk membiarkan hati kita berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada dirinya. Setiap kali ia mendekat kepada Allah dengan ketaqwaan maka akan terbukalah hatinya untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapainya, dan merindukan darjat yang ada di atas apa yang telah diraihnya lalu selalu memandang ke arah kedudukan yang lebih tinggi lagi.
 
Muhammad Ahmad Rasyid mengatakan "ketinggian itu hanya boleh diraih dengan kelelahan", memberitahu kepada kita bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh utk mendapat darjat ketinggian taqwa di sisi Allah. Apa kaitan taqwa dan teman ke syurga? Taqwa dalam diri sahaja yang akan mendorong seseorang mencari teman ke syurga, menemaninya dalam kehidupan siang harinya, mendampinginya dalam ibadah malamnya. Dan seseorang yang benar-benar meletakkan taqwanya kepada Allah sahaja akan bersungguh-sungguh (sehingga kelelahan tetapi) terus ingin meningkatkan darjatnya di sisi Allah dan dia benar-benar memerlukan teman untuk menguatkan urusan siang dan malamnya, sebagai hamba, dan khalifah. Ciri taqwa ini akan menjadikan dirinya sendiri adalah seorang teman ke syurga, lantas dia layak untuk mendapat teman ke syurga yang hanya didapati melalui anugerah dari Allah. Teman yang akan sentiasa mengingatkan, tatkala kelelahan, akan janji yang menjadi asas perhubungan ini, asasnya hanya kerana Allah, lantas itu kita menjadi "menjadi teman ke syurga".


Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah, dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apapun matlamat kita hanya satu, meraih syurgaNya. "Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah, bermula pada diri kamu. Tingkatkan penghayatan diri kamu pada cinta pada Allah, berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat, nescaya kamu akan menjadi teman ke syurga dan Allah akan mengurniakanmu teman ke syurga."
 
Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi 'teman ke syurga', mencari redhaNya yang Esa, Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku" (Hadith Qudsi) 

Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada "teman ke syurga". Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya, menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan teman ke syurga.
 
Ayuh, perbaiki diri !


.:p-kah:.


*copy/paste iLuvislam.com

Wednesday, November 17, 2010

Salam 'Idul Adha 1431 H :)

SELAMAT HARI RAYA
'IDUL ADHA 1431 H !!!

Ghebbang dop tahun ni ?
Daging sket !!
=.="

PAI EPAL YANG ENAK ,
eh bukanlahh !
Fifiey :)

Thursday, November 11, 2010

Dearest of All.


Semoga kekal ikatan ukhuwah, walau terpisah sejauh mana sekali pun. Jangan kesal, jangan hampa. Sesungguhnya Allah telah menyediakan sesuatu di sebalik semua ini.

LA TAHZAN , YA IKHWAN WA AKHOWAT .

Kalau rindu, jenguklah blog ini.

But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.

PERSEDIAAN KE TINGKATAN TIGA

* Latih menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap barang-barang sendiri seperti beg sekolah, buku teks, alat tulis, buku tulis dan sebagainya.



*  jalin hubungan baik bukan sahaja dengan ahli keluarga tetapi juga bukan keluarga dan rakan sebaya untuk memupuk kemahiran bergaul dan berjaya di sekolah.



* Gunakan bahasa yang sempurna di rumah kerana penguasaan sesuatu bahasa dengan baik dapat membantu meningkatkan kefahaman  di sekolah.



* Pelajari tentang kemahiran berpakaian khususnya apabila bertukar pakaian untuk latihan jasmani serta cara melipat dan menyimpan pakaian di tempat selamat.



* Selain mengajar menggunakan telefon awam, ibu bapa perlu membekalkan anak-anak dengan nombor telefon yang betul dan minta mereka hafal beberapa nombor seperti rumah, pejabat atau telefon genggam.


* Belajar menyampaikan pesanan yang betul dalam bentuk lisan atau bertulis agar apa yang dipesan guru kepada ibu bapa dapat diingat dengan betul.



* Terangkan keadaan bila dan bagaimana untuk meminta bantuan guru atau orang dewasa seperti terjatuh, terluka, dipukul murid dan sebagainya.



* Berhati hati dengan nilai wang dan banyak mana yang patut diberi apabila membeli makanan di kantin sekolah.



*Awasi waktu bila seharusnya mereka patut bangun tidur, mandi, gosok gigi, dan berpakaian untuk ke sekolah



* Ibu bapa perlu mengajar anak anak cara membaca jadual waktu sekolah. Mulakan dengan menunjukkan buku-buku berkaitan dan mengemaskannya untuk anak anda.
 
 
 
SELAMAT BERJAYA ~

Tuesday, November 9, 2010

Jamuan kelas 2010 lalala ~

Doh bakpe nge tajuk sebenornye ? Mmecok ke mende hah ?

Oh , hari ni ade jamuan kelas akhir tahun 2010 * ayat bellit * . Banyak aktiviti yang telah dijalankan seperti pertukaran hadiah , cabutan bertuah ( bertuahnya ! ) . Acara kejutan yang tidak diketahui Sofiah dan Anwar . Hadiah buat mereka sebagai penolong dan ketua kelas terbaekkk !

Dan seperti biase sampul hadiah berwarne hijau T____T sebab Alya pilih mareng ! Wahaha ! Dohlah mareng pergi Mydin , Sofiah ada sekali . Kan nok beli hadioh ke die , mana boleh die tahu hadiah tersebut . Jadi , saye nge Alya pun pusing-pusing Mydin cari hadioh ke Sofiah dan Anwar .

Sofiah pun napok laa kiteorang beli pembungkus hadioh hok kaler hijau tuu . Die pun blebe due saat , " Eh , kan kene balut nge surat kabo ? Bakpe beli pembalut ! Mane buleh , kene balut nge surat kabo ! "

Alya pun dengan wajah langsung tidak bersalah mengeluarkan ayat coverline do'oh lalu die tu , " Dok , nok balut dulu hadioh tu dengan ni lepas tu baru ah balut nge surat kabo . "

Sofiah pun angguk jelah , doh nok jawab mende agi op ? Saye nge Alya dan Ain pun suke selok ke diri kerane ayat Alya itu . " Owoh Lya ! Coverline do'oh lalu !" kate saye dan Alya terus suke selok tanpe sebab lepas tu T_______T

Lepas siap doh membeli beloh di Mydin , kiteorang bercadang nok makan tapi ayoh saye nok mari doh jadi dok dang ah kot . Jalan jalan jalan , lalulah depan kedai hok jual gula-gula kapas tepi pintu masuk Mydin ow . Sofiah pun beli ah se gula-gula kapas hok harge RM1.20 se ow dan kiteorang kongsi empat orang .

Ambe pun wat lolok gi cari Kakngah ambe , padahal ambe gi beli se agi gula-gula kapas . Ambe kabo ke Sofiah , Alya dan Ain , " Kakngah saye dok jupe.... Saye jupe ni je, " ambe pun wi lah gula-gula kapas ke ye 3 orang . Ambe pun gi ke lain .

Lepas tu kiteorang ato Alya balik ke rumoh ye , flat polis tuu . Alya pun jalanlah dan naik lif ke rumoh ye di tingkat 5 . Pahtu , kerete pun meluncur laju balik ke rumoh ambe . Ambe nge Ain masih lagi coverline dengan hadioh hok nok wi ke Sofiah ow .

Malam tu , ambe sorang jelah . Sofiah dan Ain balik rumoh dohlaa . Ambe balut ah hadioh pertukaran hadioh . Ambe ni dok reti balut , udoh seppang ambe balut . Sebab tu ambe balut due lapis . Siyyang ke ambe =.="

Hadioh nok wi ke Sofiah dan Anwar pulok Alya suruh ambe balut . Ambe mane reti balut ! Ambe tepon ah semek Alya dan kabo ke ye ambe dok reti balut pahtu ambe suruh ye balut pagi esoknye ( pagi ni ah ) .

Lepah tu , ambe gi dapur . Ambe tulong Ummi ambe koyok bawang putih sebab Ummi ambe kang tulong wat nasi goreng ke kelas ambe . Owoohhh , sedap Ummi ambe massok . Dok caye tanye ah budok-budok kelah 2A2 T____________T

Ambe ngatowk do'oh lalu , pahtu ambe pun tido dan senyap tupah . Ambe bangun ow , Walid nge Kakngah ambe suruh ambe gi tolong Ummi ambe . Ambe siap-siap , pahtu baru ambe gi tolong Ummi . Mase tu Walid ambe tengoh packing nasi .

Terliur ambe tengok ayam goreng . Ambe pun ambik ah seketul =.=" sebab ambe lapor gop lime sen . Lepas tu Ain pun sapa . Ambe pun ambik ah ayam due ketul agi , se untuk ambe se untuk Ain . Pahtu kiteorang packing ah . Siap doh benonye mase tu .

Sofiah pun akhirnye sapa gop , dengan barang penoh di tangan iaitu pizza empat kotok dan agar-agar bertingkat-tingkat . Ambe kene maroh doh di Sofiah sebab ambe kabo agar-agar tu puding . Ambe pun sebut ah agar-agar . * doh mende motif nye *

Ambe pun gi sekoloh laa . Terlalu awal benonye sebab janji suruh budok-budok turun pukul 8:30 , ambe sapa 8 pagi . Ambe pun mendaki tangge hok tinggi do'oh lalu tu dan kabo ke Alya dan 'Ainul dan Sabrina suruh budok laki turun ambik barang .

Ambe pun turun sorang diri . Tibe-tibe Sabrina ade kat belakang . Ambe pun blebe ah betto ke ye sebab ambe kalau lengoh , ambe brahi blebe sket . Huhu . Sapa kat kete ow , budok laki dok turun agi . Ade hok duduk ngita dari atas . Ummi ambe pun kabo , " Owwoh , duk ngita pulop ! Mari sini tulong angkat barang ! "

Pahtu turunlah Syaukani nge Amir Khair . Hok lain ? Ade agi kat atas duk ngita . Bukan nok tolong . Ambe gollek gop lime saat sebab Ummi ambe blebe ke budok-budok tu . Last sekali ambe angkat bekas agar-agar Sofiah letok kat tangge muslimin . Anwar pun turun mari ambik .

Bile semue barang angkut doh , kite pun berjalan ke kelas dengan barang yang terlalu banyok . Lepah tu ... tenenenenenettt * siaran tergendala bai * .  Lepah tu ambe pun sapa ke kelas ....

Kiteorang pun prepare seme seme bende untuk jamuan . Kutip hadioh pertukaran lepah tu cabutan bertuoh . Ambe nge Afiqah nge Zahra tukang wat air . Ambe tukang letok air batu dan tukang rase . Sedap giler ~ ! Ambe minum jugok minum jugok sapalah ambe kenyang do'oh lalu di akhir majlis T____T

Majlis pun start kol 9:30 pagi . Acare dimulekan dengan ucapan Anwar dan Sofiah . Dan kedue-due mereke tetibe menjadi pemalu sebab kene berucap T____________T

Lepas tu , Anwar kene cabut nombor cabutan bertuoh . Tetibe ambe kejut sebab ambe bertuoh ! >.< Ambe dok ajeng pun buleh adioh kalau ade cabutan bertuoh . Sebab ambe memang dok bertuoh ahh ~ Ambe buleh pensel warna . Dakpe ah , at least ambe bertuoh xDDD

And then startlah acara pertukaran hadioh . Macam-macam name ye letok . Ambe dok au nok kate mende sebab ade ah beberape name ni menyimpang sangat-sangat dengan peribadi budok SHAMS . Ambe nok blebe ambe dok au piyye . Tapi ambe harap orang tu insaf ke diri ahh .

Ambe buleh hadioh bername samaran GJMP . Ambe tahu doh Syafiqah sebab ye main letok gitu je atas meje . Ambe ade depan ye je beno . Lepah tu seme orang kabo ke Syafiqah , " Jangan ah tunjuk hadioh awok ! " . Syafiqah pun coverline , " Mane ! Ni bukan hadioh saye ! " xDDDDDD

Then , kiteorang pun sambung cabutan bertuoh . Sofiah pulok kene cabut . Ramai gop hok bertuoh . Doh memang ah , hadioh cabutan bertuoh ade 16 . Hok mari 26 . 10 orang je lah hok dokleh adioh T____T

Lepah tu kite pun makan nasi goreng yang ade ayam goreng pehe . Lepas tu ambe layan ah cikgu hok mari . And then ade orang ganti ambe , ambe pun ambik dessert untuk due orang makan . Ambe dang gop baloh nge 'Ainul sebab masing-masing ambik terlalu banyok makanan . Ambe kongsi makanan nge 'Ainul .

Sebab biasenye kami kongsi makanan mase jamuan . Pahtu tetibe ambe ade tige gelas air . Ambe dok au mari mane ! Ambe pun minum ah blake =.=" lepah tu kene maroh di Sofiah sebab ye kate , " Fiey ! Membazir ! Kang saye kabo doh gelas se sorang ! "

Ambe pun gi layan cikgu luu . Pahtu Wani nge Syafiqah tukang basuh pinggan . MASEYH !!! Ye due orang volunteer . Ohh , baiknye budok 2A2 . Ni nok wak natu eyy * lambat agi ah kalu gitu * . Hoho ! Lepah tu ambe makan jugok makan jugok makan jugok sapa kenyang terlampau .

Lepah tu kiteorang seme ambik gambo . Rama gile tukang ambik gambo . Ambe dohlah duk tepi skali . Muke ambe shy shy cat doh mase tu sebab ambe dok au gop bakpe =.= " Ambe memang pelik pade orang .

Pahtu ambe buke hadioh hok ambe buleh daripade Syafiqah . Upenye due gelang berwarne HIJAUUUU dan due kongsang berwarne HIJAUUUU dan kotaknye berwarne PINKKKKK . Hahaha . Dan seme orang tibe-tibe jealous nge ambe sebab mereke kate gelang tu comell . HIHI .

Last sekali ambe pun main kotok beracun nge kawan-kawan . Lepas tu Zohor ambe pun gi mayang sorang diri . Dok au bakpe , tetibe ambe ase nok berseorangan * benonye ambe tengoh ngatowk dan tengoh blur * .

Ambe pun naik dan main killer nge kawan-kawan betto . Ambe killer gop . Pahtu Afiqah kabo ambe killer . Ambe nyekik betto ke ye dan ambe kate , " Owwoh ! Mende Fiqah eyy ! Akmboh main ahhhh ! " pahtu ambe suke selok .

Ambe pun makan nasi goreng hok lebih pahtu T_________________T dan lepah tu ambe makan puding nge Aimi . Pahtu bile ambe wat lari sket kedudukan mangkuk puding tu , Aimi akan berkate , " Fifi , saye nok makan gop ... " dengan nada sayu xDDD

Pahtu kiteorang pun kemah kelah dan susun meje . Ambe nge Alya nge Aimi gi basuh pinggan kat toilet . Dan Alya kene basuh tong air Aimi sorang diri sebab ambe akmboh tolong . Ambe pun suke selok sebab ambe mmalah T___T

Ade beberape nasi lebih . Ambe pun tanye ah sorang muslimin * err dok ingat oh sape =.=" * , " Nok nasi lebih dop ? " dan ye pun gi tanye kawan-kawan ye nok nasi lebih dop . Pahtu ambe tanye ah sekali agi , ke Anwar pulok . Ye pun kabo nok gop nasi tu . Ambe dengor ye kabo ye nok ayam goreng tu je . Haha .

Ambe pun wi ah se bekas nasi goreng ke ye . Hok se ow Syaukani ase ambik . Pahtu ade lebih due agi ambe wi ke Alya dan Aimi dan Syafiqah . Ambe pun balik dan Wani , Ainul , Sabrina dan Alya tolong ambe angkat barang .

Ambe bowok mangkuk kace saiz besor , Alya bowok mangkuk kace saiz sederhane . Ainul dan Sabrina same-same bawok bakul berisi pinggan dan sudu . Dan Wani ?! Bawok sudu sute di tangan T____T

Lepah tu kiteorang pun menuju ke kerete ayoh ambe . Seme orang ingat Wani balik naik basikal lepah tu Wani pun dengan tenang berkate , " Saye mari naik kete arini ... " dan ambe pun golek lime saat .

TAMAT .

Sorry ah sebab bahase terlalu ulu dan darat . Hahaha ~ Dan post ini dibuat kerane Alya suruh .

Saturday, November 6, 2010

cerkon part 4 : cerita kontot - HIJAU HIJAU HIJAU !


kemudian mereka meneruskan perjalanan.
oleh sebab lembah Manam Chao Phraya merupakan air, (??)
mereka terpaksa menyewa sebuah kapal selam untuk ke tasik Tonle Sap kerana
itu satu satunya jalan yang paling dekat untuk mereka meneruskan perjalanan ke Greenland
usaha mereka untuk ke Greenland tidak pernah luntur
moto mereka hanya satu - HIJAU ! HIJAU ! HIJAUU !!

mereka bernasib baik kerana kapal selam mereka kedua duanya hijau - satu muslimin, satu muslimat.

*muslimin*

Amir khair, ketua angkatan keceriaan kelihatan begitu bersungguh sungguh menceriakan kapal selam itu dengan segala macam jenis hijau sehingga membuatkan kehijauan tersebut agak "ijar mmekok"

Farid : woh ! silau mate ambe !

Amir Khair : inilah semangatnya !

Anwar : bagus , bagus, senang saya tengok kalau kalian semakin menghayati jiwa hijau

*muslimat*

- kesemua muslimat cuma menghias kapal selam dengan ala kadar sahaja. hijau sedap mata memandang ^^

Syazwani : tak rase ke hiasan kapal selam muslimin agak keterlaluan?

Syafiqah : takpe, nyale dalam gelap. senang nak detect kalau hilang jejak XD

kemudian mereka mengemudi kapal selam tersebut. Mujurlah mereka mambawa buku teks science Form 1 dan mempelajari tentang cara cara mengisikan air ke dalam ballast tank.

*muslimin*

Fatah, selaku pengemudi muslimin bertindak pantas,

Fatah: cepat ! cepat ! masuk kapal ! dengan kiraan 1...2...3...

semua orang :..4..5 dan 6 !

Fatah : eh? sabbiknye?..cepatlah masuk ! nak bawak dah ni !..zul, air dah isi belum dalam ballast tank?

Zul : dah !!!

mereka bertolak dengan selamatnya dengan menggunakan peta di dalam Buku Teks Geografi.

*muslimat*

oleh sebab muslimat tidak berani untuk mengemudi, maka mereka lekatkan sahaja magnet ke kapal selam muslimin jadi mereka turut terkemudi bersama. Idea tersebut datangnya dari Aimi.

Nadhirah ; wah ! pandailah awak aimi !

Aimi : itulah guna magnetic force !

Auni : yeah !

Kinah : idea orang hijau kan !

Fifi : hijau ! hijau ! hijau !

Sofiah : ape ni hijau,hijau hijau???... lain kali sebut la ijar , ijar, ijar !!..lebih feel XD

Alya : ijar ! ijar ! ijar !!!

Afiqah : bagus Alya ! ijar ! ijar ! ijar !

Ain : ijaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!

Farishatul: Ain, tenang.

tiba tiba kedua dua kapal selam berhenti. mereka kaget.
ah ! rupanya likuan yang telah mereka tempuh telah terpenggal !
mereka tersekat di tasik ladam !

rupanya mereka telah sampai ke pangkalan Tasik Besar/Tonle Sap.yang tadi cuma mitos T_T

*sabrina kelihatan sugul*

Sarah : bakpe sab? monyok je dari tadi?

Alya : tau sab? senyap je..?

Sabrina : adop mende mende eyhhh..~ ~ ~

Fifi : ha ! saye tau ! sabrina terase dengan name tasik ni ! tonle sap ! XD

Ainul : oloh sab,emosi teyh XD

*kemudian sabrina kembali ceria*

dari Tonle Sap, mereka sempat melihat penduduk peribumi menangkap ikan atau lebih dikenali
sebagai Perawan. sebahagian perawan berbaik hati memberi mereka meminjam iphone untuk menghubungi pemandu bas mereka. iphone tersebut dilengkapi jalur lebar tanpa had!

Anwar : maseyh ah wi pinjam.. maju deme lening ade iphone.

Perawan : well..i bought this from london.

Anwar :..oh.ok,baiklah.kami pergi dulu.sekali lagi terima kasih.

Perawan : never mind,keep safe ! XD

dari Tasik tonle Sab Sap mereka akan berangkat ke canada untuk menaiki sky train. barulah sampai ke greenland.

semua orang kelihatan gembira.

*semua orang keletihan selepas makan dan tidur. pada keesokan harinya......

...BERSAMBUNG..

cerkon part 3 : cerita kontot - HIJAU HIJAU HIJAU !



mereka sangat terkejut kerana mereka telah tiba di.....

LEMBAH SUNGAI MANAM CHAO PHRAYA !

PERSOALANNYA, bagaimanakah sebuah LRT boleh sampai di persimpangan lembah Manam Chao Phraya?

Ariff Luqman : *menjukkan riak tidak puas hati* metang metang ah kite ijar! ye tohok kite laut je ?!!!

Anwar : sabar, pasti ade penjelasan di sebalik semua ini. bertenang semua, biar saya tanya pemandu LRT tadi.

Semua orang : sile jangan reke dooh lalu! LRT mane ade pemandu !

Anwar : eh ye ke? oh,ok.malunye saye.teruskan,teruskan.

*secara tiba tiba LRT yang membawa mereka tadi meluncur laju entah ke mana meninggalkan mereka terkapai kapai di lembah sungai Manam Chao Phraya*

semua orang bingung.
tiba tiba mereka terkejut mendengar sebuah jeritan yang amat dahsyat.

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!

jeritan tersebut datangnya dari arah faisal.

Syaukani : faisal ! bakpe ni tepik tepik?

Faisal : ni...duit kelas kite ! tinggal dalam LRT !!

Amirul Amir : ha??..biar betul?

Anwar : takpe, jangan panik. biar saya telefon pemandu LRT tadi. T_T

*semua orang abaikan Anwar dan begitu cemas *

Muslimat berdiskusi sesama sendiri.

Nadhirah : macamane ni? adekah kita akan mati kehijauan?

Aimi : sabar didi, tak elok cakap macam tu..

Aina : Ain, tak pegang duit lebih?

Ain : tak, semua dengan Faisal.

Sofiah :eh ! nampak tak macam ada perkampungan tepi sungai tu? jom try tengok tengok? mana tau ada yang dapat membantu.

*mereka semua menuju ke perkampungan itu*

kampung itu bernama kampung hijau T_T
namun, mereka menghadapi masalah komunikasi kerana tidak pandai berbahasa Siam XD

Amir Arif bertindak bijak lalu berkata, " tengok aku buat.."

Amir Arif : เราจะอยู่ที่ไหน ?

Orang di perkampungan : ที่หมู่บ้านสีเขียว
Amir Arif : เราไม่ได้เงิน ช่วยให้เรา !
Orang di perkampungan : คุณสามารถช่วยเราขาย
Amir Arif : ถูก คุณขอบคุณ !!!
*sile gune google translator. tekan sini XD
 
konklusi perbualan - orang di perkampungan meminta mereka menjual di pasar apung jika mereka mahukan duit untuk perbelanjaan.
 
maka mereka memutuskan,
 
MUSLIMAT - menjual di pasar apung
 
MUSLIMIN - menghanyutkan kayu balak
*situasi muslimat*
 
di pasar, cuma terdapat kaum kaum ibu. jadi mereka selesa untuk berniaga =)
 
Fifi : mari ! mari! beli sayur ! murah sajaaaa ! murah sajaaaaaaa ! XD
 
Ainul : fi, awok rase orang faham ke?
 
Fifi : biaaaa ahhh... mari ! mari ! sayur hijau! sayur hijau !
 
Afiqah : ye ! ye ! ikan murah ! ikan murah !
 
Zahra : betul ! betul ! ikan murah ! ikan hijau! eh, mane ade ikan hijau T_T
 
Alya : Zahra, jangan taksub XD
 
Farishatul : Alya, takdok pembeli pon?
 
Alya : jap, jap *,mengeluarkan kamus Siam
 
Alya : ถูก ! ถูก ! ถูก !
 
Auni : kenapa tak cakap dari tadi????????
 
Alya : saje XD
 
Sarah : mari sini kamus tu ! ถูก ! ถูก ! ถูก ! ถูก ! ถูก ! ถูก !

Kinah : amboi sarah, semangat lebih XD

Sofiah : apela awak semua ni lain kali buat macam ni. lagi semangat,
*berdiri sambil angkat tangan* ถูก ! ถูก ! ถูก ! ถูก ! ถูก ! ถูก !

Ain & Aina : tahniah piah ! *tepuk tangan*

*setelah bekerja seharian akhirnya mereka berjaya menarik perhatian seorang pelanggan,
Mak Cik อะไรก็ตาม dan membeli semua barang dagangan mereka. Mereka mendapatkan keuntungan melimpah ruah *

*situasi muslimin*

Abdul Rahman : syaukani ! cepat hulur balak tu ! zul ! bawak sini cepat ! farid ! ape tercegat lagi ! buat kerja !

Adam : amboi Abdul Rahman, mengalahkan semua orang.

Fatah : tau la..bakpe semangat ngat tu ?

Abdul Rahman : senyap ! fadlan ! cepatla angkut balak tu ! amir khair ! tolong la sikit !

Amir Khair : ye la ! ye la !! *mengangkut balak dengan mmmmmmmecok

Amir Arif : ish ish ishhhhh....

Abdul Rahman : ape ish ish ish?? cepat buat kerja !

Anwar : Abdul Rahman, sabo. bakpe ni??

*setelah terkerah kerah mengangkut balak, mereka berhasil mendapatkan hasil yang lumayan*

dipendekkan cerita akhirnya mereka mempunyai tambang yang cukup untuk meneruskan perjalanan.
Amir Arif mengucapkan terima kasih kepad penduduk di situ. orang lain hanya mampu tersenyum kerana tidak pandai berkomunikasi dalam bahasa siam XD *

kemudian................

*bersambung*..

Bab 2-Itu Lebih Baik Bagi Kamu,Andai Kamu Mengetahui

Fawwaz melemparkan pandangannya ke Laut Merah yang terbentang luas di hadapannya.Jasadnya masih kaku disitu,namun mindanya sudah bermusafir jauh.Kenangan demi kenangan bersama arwah Uwais cuba diingatinya satu persatu.

Dia tertawa kecil tatkala mengingatkan saat pertama kali dia bertemu dengan pemuda bernama Uwais Al-Qorni itu,di tepi koridor kelas-kelas yang menempatkan pelajar-pelajar tingkatan satu,yang terletak di tingkat dua,blok tertinggi di SHAMS.Fawwaz merupakan antara pelajar paling nakal dalam kalangan pelajar-pelajar  tingkatan satu pada tahun tersebut.Uwais pula digelar ‘pak lebai’ kerana tingkah lakunya yang jauh lebih baik dan terjaga berbanding pelajar-pelajar yang lain.Perbezaan antara mereka bagai langit dengan bumi.Perkara yang disukai oleh Fawwaz pasti dibenci oleh Uwais,dan perkara yang dibenci oleh Fawwaz sudah semestinya menjadi kegemaran Uwais.Satu-satunya persamaan mereka adalah wajah mereka yang hampir serupa.Itulah satu-satunya.

Fawwaz juga seorang yang panas baran. Dia sangat pantang dicabar.Egonya terlampau tinggi sehinggakan Uwais sendiri hampir-hampir menjadi mangsa panahan amarahnya  gara-gara  pemuda itu menegurnya kerana  membuang sampah di merata-rata tempat sedangkan banyak tong sampah yang terletak berhampiran dengannya.Untung saja Amir Arif, Ariff Luqman dan Faisal ada berhampiran ketika itu.

 “Waz,sudah!Aku cakap,sudah!Fawwaz!Rafiuddin Fawwaz Tan Sri Azhar!”arahan tegas daripada Ariff Luqman kedengaran menggerunkan bagi Fawwaz.Akhirnya,dia tunduk pada arahan sahabat baik yang juga merupakan sepupunya itu.Walaupun Fawwaz seorang yang keras kepala,namun dia tetap menghormati Ariff Luqman.Baginya,hanya Ariff Luqman satu-satunya orang yang memahaminya dirinya.Hanya Ariff Luqman satu-satunya orang yang boleh dia letakkan kepercayaan padanya. Namun,tanggapan Fawwaz terhadap Ariff Luqman sedikit meleset pada hari itu.Sangkanya dia akan mendapat pembelaan daripada sepupunya itu, namun ternyata Ariff Luqman seolah-olah menyebelahi pemuda yang sudah pun menjadi musuhnya bermula pada hari itu,Uwais Al-Qorni.

Perbalahan antara Uwais dan Fawwaz berjaya dileraikan,namun Fawwaz hanya berlalu pergi tanpa mempedulikan sedikit pun nasihat Uwais sebentar tadi.Sudahnya,sampah itu semakin melayang jauh disepaknya.

 “Dia tak kenal aku lagi.Dia ingat dia tu siapa nak nasihatkan aku!Tahulah aku hidup!Dasar busybody , suka menyibuk hal orang lain!Takkan tak sedar,kubur lain-lain.Kalau tanah yang tinggal untuk kubur aku atas muka bumi ni terletak dekat tepi kubur kau sekalipun,belum tentu aku akan pertimbangkan  untuk bersemadi di situ! Hish! Apasal semua orang di dunia ni suka sangat kongkong hidup aku?Apa yang mereka semua dapat sebenarnya?Ariff pun dah jadi pun tu sekarang!Mesti budak lebai tu dah guna jampi bomoh supaya semua pelajar sekolah ni benci aku!Nama saja lebai,entah ilmu apa yang digunanya pun aku tak tahulah! ”Fawwaz menggerutu sendirian.Kasar fitnah yang dilemparkannya pada Uwais.

Ketawa Fawwaz masih bersisa.“Haha.Fuh,boleh tahan juga nakal aku masa tu.Nasib baik Arif ada masa tu.Kalau tak,mesti aku dah kerjakan Uwais cukup-cukup.Hmm,Uwais memang baik.Tak hairanlah Allah sayang dia.Kalaulah aku boleh putar semula waktu,mesti...”Fawwaz dikejutkan oleh kehadiran Fathullah dan Zulfadhli yang muncul secara tiba-tiba dari belakang. “Mesti apa?”Fathullah memulakan bicaranya dengan persoalan. “Mesti...Keadaan takkan jadi macam sekarang,”Fawwaz tertunduk ,dan kemudiannya memalingkan mukanya ke arah barat Laut Merah.

 “Kau salahkan takdir?”giliran Zulfadhli pula menyoalnya. “Entahlah.Aku sendiri pun keliru,but still, I regretted what had happened ,kadang-kadang,aku rasa macam akulah orang yang sebabkan kematian Uwais.Kalaulah aku tak lari dari rumah masa tu,mesti Uwais masih hidup sekarang.Mesti kami semua dah jadi keluarga bahagia.Aku langsung tak tahu apa yang dorong aku untuk lari dari rumah masa tu.Tapi aku yakin,tindakan aku yang melulu tu bukanlah sebab aku tak boleh terima kenyataan bahawa Uwais adalah abang kembar aku.”Fawwaz membalas perlahan.Dahinya berkerut-kerut, jiwanya menderita menahan penyesalan yang tak berkesudahan sejak kematian Uwais hampir sepuluh tahun yang lalu.Sangkanya,dialah orang yang bertanggungjawab atas pemergian Uwais. Hakikat yang sebenarnya,hanya Allah yang Maha Mengetahui.

“Hmm,kau memang salahkan takdir.Sudahlah Waz.Kau ingat tak ayat yang selalu Uwais ulang, ‘Setiap kejadian yang diciptakan oleh Allah itu tidak sia-sia’,aku yakin,pemergian Uwais pasti ada hikmah di sebaliknya.Allah lebih tahu,Waz.Mungkin Dia dah siapkan sesuatu yang lebih baik buat kita.”Fawwaz membalas jawapan Fathullah dengan senyuman hambar.Tafsir pemberian Uwais di tangannya diambil Zulfadhli. “Pinjam,”Ringkas dan padat tujuannya mengambil tafsir itu disuarakan. “Kau nak buat apa tu Zul?Pegang elok-elok.Kalau jadi apa-apa pada tafsir tu,dah tak ada tempat untuk kau cari yang sama macam tu.”Fawwaz berhati-hati. “Uwais yang bagi,ya?”Fathullah menghulur soalan yang sudah diketahui  jawapannya.Sengaja dia ingin menduga Fawwaz.Fawwaz hanya membalas dengan sekali angguk,mengiyakan kenyataan tersebut.

“Tahulah aku,”jawab Zulfadhli sambil membelek tafsir biru muda itu. “Nah,kau ambil tafsir ni.Kau tengok,kau renung dalam-dalam sebahagian  maksud ayat 216 Surah Al-Baqarah tu yang kau rasa bertepatan dengan situasi kau sekarang.Lepas tu,kau bacakan untuk kami pula.Baca kuat-kuat,biar kami  betul-betul jelas dengan maksudnya.Takut juga kalau-kalau aku tersalah pilih ayat,”Zulfadli cuba untuk menceriakan keadaan.Dia sememangnya suka berseloroh.

Tafsir itu bertukar tangan. ‘Dalamnya maksud ayat ni.Aku memang dah salahkan takdir,’ Fawwaz mengakui kesalahan dirinya.Dalam diam,dia sangat mengagumi Zulfadhli.Fawwaz tidak menafikan bahawa walaupun Zulfadhli bersikap agak gila-gila,namun bicaranya juga mengandungi butir-butir hikmah.Sekurang-kurangnya, apabila sahabatnya itu ingin menegaskan sesuatu perkara,dia mempunyai hujah.Fathullah juga tidak kurang hebatnya.Kisah persahabatan mereka dan Uwais yang singkat sememangnya sudah banyak mengubah mereka, terutamanya pada diri Fawwaz.Dirinya yang pada mulanya sangat sinonim dengan sifat-sifat mazmumah,kini hampir bertukar 360 darjah. Lamunan Fawwaz terhenti apabila mereka bertiga disergah oleh Fadlan dan Farid .Mereka mempunyai kuliah Usuluddin dengan Profesor Umar Muslih pada pagi itu.Oleh sebab itu,mereka tidak berkesempatan untuk datang berjumpa Fawwaz,Fathullah dan Zulfadhli lebih awal.

“Kau memang tak nak kongsi maksud ayat tu dengan kami ke?”kata-kata Fadlan disertai oleh tawa kuat daripada Farid.Entah mengapa,dia terlebih girang pada pagi itu. “Dah lama ke kau  dengan Farid ada sini?”soal Fawwaz kehairanan. “Adalah lebih kurang setengah jam yang lalu,”Farid menjawab selamba sambil membuat muka tidak bersalah.Fawwaz menggigit bibir,geram dengan kedua-dua sahabatnya yang ‘baru’ menampakkan diri itu.Ternyata perbualannya sebentar tadi bersama Zulfadhli dan Fathullah mempunyai pemerhati.Namun,pada masa yang sama,dia sangat bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang sedia menjadi tempatnya mengadu.Sekurang-kurangnya, rindunya pada saudara kembarnya,Uwais, sedikit terubat dengan kehadiran mereka.

“Okey,okey.Aku kongsi.Kau ingat aku ni kedekut sangat ke?”kata Fawwaz sambil bersiap-sedia untuk membaca mafhum ayat yang diberikan oleh Zulfadhli padanya. “Memang pun!”Fadlan,Farid,Zulfadli dan Fathullah menyambut soalan cepumas Fawwaz dengan memberikan jawapan yang sama, dan serentak. Fawwaz tergamam.Setelah menjegilkan matanya selama beberapa saat pada keempat-empat sahabatnya itu, Fawwaz mula membacakan maksud ayat tersebut.


“Diwajibkan ke atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.”
                                                                                                                   Al-Baqarah:216

Fawwaz menutup tafsir kesayangannya itu lalu menatap wajah keempat-empat pemuda di hadapannya yang sedang ralit mengucapkan tasbih.Hatinya yang sudah sedia sesak,kini ditambah dengan rasa sebak.‘Ya Allah, benar,setiap perkara yang Engkau jadikan itu pasti ada hikmah di sebaliknya.Aku memang kehilangan seorang sahabat akrab,seorang teman sejati,dan seorang abang yang penyayang,tetapi tak bermakna aku kehilangan semuanya.Aku masih ada mereka,aku masih ada keluargaku,aku masih ada orang yang menyayangiku,dan yang paling penting,aku masih ada Engkau,’monolog Fawwaz sendirian.Air matanya menitis,menangisi kekhilafan diri.Segera dia berpaling,bimbang sahabat-sahabatnya itu menyedari kehadiran gerimis di wajah sugulnya.


*bersambung*

Friday, November 5, 2010

cerkon part 2 : cerita kontot - HIJAU HIJAU HIJAU !

part 1 tekan sini
Photobucket
*abaikan bentuk tayar bas di atas XD

..kemudian, bermulalah perjalanan 2Ibnu Qudamah menuju ke Greenland.

SITUASI BAS MUSLIMIN

*Anwar, Fatah, Amir Khair dan Faisal kelihatan begitu hijau kerana memakai spek hijau*

- Anwar selaku ketua dalam memastikan kehijauan para peserta.

- Fadlan selaku setiausaha yang memantau kehijauan persekitaran

- Faisal selaku bendahari akan mengenakan denda kepada sesiapa yang melanggar undang undang hijau

- Amir Khair selaku biro keceriaan bertugas menceriakan bas dengan unsur unsur hijau

- Fatah selaku biro kebajikan menjaga kebajikan para peserta dan bertugas menutup suis di mana sahaja.

- Amirul Amir selaku biro tarbiyah memainkan peranan yang penting untuk mengingatkan para peserta supaya menjaga akhlak masing masing meskipun menghadiri mana mana lawatan.

- Ariff Luqman selaku biro sukan memastikan para pelajar tidak melakukan sebarang aktiviti sukan di dalam bas seperti bola beracun XD

kelihatan para pelajar yang lain menikmati alam sendiri T_T

- Zulfadhli sedang merenung ke luar tingkap namun tidak berjaya kerana tingkap juga dihias hijau

- Farid sibuk membaiki kerusi di dalam bas sambil merungut akan kehijauan terlampau kerusi itu.

- Adam berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran hijau

- Syaukani sibuk memasang lagu HIJAU, dendangan Zainal Abidin

- Abdul Rahman sangat terhibur dengan lagu yang dipasang oleh Syaukani dan tidak lupa untuk turut serta menyanyi kecil

- Amir Arif sedang merenung masa depan.

*kemudian..mereka sama sama muhasabah diri merenung ciptaan Allah =)


SITUASI BAS MUSLIMAT

*kesemua biro dan penolong memainkan peranan seperti muslimin*

- fifi dan ainul saling berbalas balas bahasa kucing tatkala melihat seekor kucing hijau (??)

- terdapat tiga tempat istimewa di dalam bas itu milik sabrina alya dan sarah kerana ia terletak di bahagian belakang dan satu satunya sit yang mempunyai tiga tempat *macam dlm kelas aaaaaa T_T

- nadhirah dan aimi sedang berkongsi suka dan duka (??)

- sofiah sedang bercerita kisah kanak kanak yang hijaaaau. zahra mendengar cerita sofiah dengan tekun.

- afiqah dan farishatul sedang menikmati kehijauan bas yang agak melampau T_T

- aina dan ain tidur dan bermimpi didatangi seekor makhluk yang hijau.

- auni sedang membaca buku sehijau warna daun manakala sakinah termenung sahaja.

- syafiqah dan syazwani hampa setelah mereka mambuat satu permainan untuk mencari sebarang perkara yang tidak hijau di dalam bas itu namun usaha mereka tidak berhasil.

.....

Tiba tiba................ !!!

tiba tiba mereka telah tiba.
mereka tiba di KLIA setelah lapan jam perjalanan.
mereka berasa sangat aneh kerana situasi di Kuala Lumpur juga hijau

Rupanya mereka berada di kawasan Green Belt di Kuala Lumpur.
T___T

kemudian mereka berhenti seketika ke masjid untuk menunaikan solat.
mereka memohon agar selamat dalam perjalanan pergi dan pulang.

setelah itu mereka meneruskan perjalanan menaiki LRT.
malangnya tidak terdapat LRT yang hijau~
mereka terpaksa berjuang dalam keadaan tidak hijau
keadaan terasa begitu janggal tanpa kehadiran hijau T_T

Anwar selaku ketua,

Anwar : macamana? semua oke? ada sesiapa rasa nak muntah hijau? T_T

semua orang : kami oke ! hijau! hijau ! hijau !

Anwar : bagus, hijau, hijau, hijau !!!!

"...ting ting ting tingg !!.."

LRT berhenti. mereka sangat terkejut kerana mereka tiba di....



...bersambung..

cerkon part 1 : cerita kontot - HIJAU HIJAU HIJAU !

Pagi itu seperti biasa. Kelas kelihatan begitu hijau. Ketua kelas, Anwar Syafiq bangkit memulakan bicara,


Anwar : perhatian ! perhatian ! *gune microphone sdiri.

Semua orang : ye, ye..kami perhatilah ni. *mendengar dengan tekun.

Anwar : mengenai lawatan yang telah kita rancang pada minggu hadapan…dengan berbesar hati saya ingin memaklumkan…….*muke suspen*

Amir Arif : cakak tranung doh aaa nuwar eyh… T_T

Anwar : holah.holah..gining..kang ade pasa rancangang kelah kite nok wak lawatang gi Greenland(g) ow..ambe mitok doh kebenarang nge pengetue. kite buleh gi sebab kelah kite ijar dan sabbik gok ah nge Greenland. Tu buleh g ow.. *mood hulu

*semua orang kelihatan gembira dengan khabar berita yang dibawa oleh ketua kelas*

Abdul Rahman : yay ! *berdiri di atas meja dengan begitu bersemangat !

Amirul Amir : Abdul Rahman… tolong jaga kepala anda.

Abdul Rahman : oh ok, *duduk kembali dengan sopan

Anwar : disebabkan tema lawatan pade kali ini hiiau, maka dengan sebulat suara tambang lawatan kita juge hijau – lima ringgit. Setuju?

Seme orang : SETUJU !

*Setelah itu semua orang membuat kerja masing masing. Muslimat memulakan diskusi sendiri*

Alya : tidak sabar rasanya mahu ke Greenland !

Sabrina : aik alya? Baku teyh bahase. XD

Fifi : ye ah! Dohla Greenland ! hijau plok tu ! (???)

Aimi : bertambah hijaulah kite sume.

Ainul : hijau ! hijau ! hijau ! XD

Nadhirah : marilah kite meluaskan pengaruh hijau !

Syafiqah : mari ! mari ! mari !
________________________________________________________________________

*Pada keesokan harinya, Anwar telah mengedarkan borang kebenaran ibu bapa dan peraturan sepanjang ke Greenland*

PERATURAN

- Pastikan semua benda hijau – warna lain dilarang sama sekali.


*semua orang kelihatan begitu hijau pada saat itu*

Ariff Luqman : semua benda kena hijau?!

Anwar : YE! Tema lawatan – HIJAUUUUUUUU!!

Syaukani : senang ah anwar,banyak dah baju hijau.

Anwar : *tersenyum bangga

Faisal, Amir Khair & Fatah : spek kene hijau jugak?

Anwar : ye !!

______________________________________________________________________

Auni : sofiah, nak bawak buku/novel boleh?

Sofiah : boleh tapi buku sehijau warna daun jela kot. T_T

Zahra : hijau,hijau,hijau.. T_T

Afiqah : inilah nasib kelas yang hijau.

_______________________________________________________________________

Seminggu telah berlalu,

Hari ini para pelajar kelihatan lebih hijau dari biasa. Ya! Mereka akan berangkat ke Greenland dan membuat lawatan melawat orang Eskimo di sana. Mereka berangkat dengan dua bas peribadi kelas- satu untuk muslimin, satu untuk muslimat.

*BAS ITU SANGAT HIJAU*

Kemudian….



…….bersambung



PS : sori kepade name yang mungkin tadop buat mase ni..

Bab 1-Itu Lebih Baik Bagi Kamu,Andai Kamu Mengetahui

Bayu laut lembut menyapa mesra sekujur tubuh cengkung Fawwaz yang dalam kedinginan.Mentari merah di ufuk timur bagai cuba untuk mencuri perhatiannya. Al-lail berarak pergi,giliran as-sobah memunculkan diri.Ya,dia terpegun.Kebesaran Allah,Subhanallah,insan manakah yang mampu menafikannya? Al-Furqan Rasm Uthmani berwarna biru muda di tangan kanannya dibelek perlahan. Matanya tertancap pada sepotong ayat yang benar-benar menyentuh hatinya.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal."
                                                                    Ali 'Imran:190

Fawwaz menutup matanya rapat,mengenangkan kisah lalu.“Allah itu Maha Besar.Allah itu Maha Berkuasa.Tiada yang mustahil pada Allah.Contoh bukti kekuasaan Allah,tengok matahari tu.Cantik kan?” Uwais meninggalkan persoalan pada Fawwaz dan sahabat-sahabat mereka yang turut serta dalam liqo’ Mahabbah pada sore itu,Anwar Syafiq,Amir Arif,Faisal,Ariff Luqman,Amir Khair ,Abdul Rahman dan Syaukani.Mereka semuanya menuntut di kelas yang sama iaitu 2 Ibnu Qudamah,atau lebih mudah disebut sebagai ‘2A2’.
Uwais sememangnya suka akan perbincangan dua hala.Bukannya dia mahu mengelak daripada dicop sebagai ‘syok sendiri’ dalam berbicara.Jauh sekali nawaitunya berbuat sedemikian rupa dengan alasan untuk mengelakkan kebosanan.Perbincangan dua hala adalah satu perkara yang sangat penting dan harus ditikberatkan dalam proses komunikasi.Bertanya dan ditanya,membalas dan dibalas.Gaya perbincangan sebegini sememangnya membantu individu untuk memahami dan mendalami ilmu yang ditelaah,kotak akal juga lebih mudah mentafsir ilmu tersebut.
“Cantik!Cantik sangat!Subhanallah!Alhamdulillah!Lailahaillah!Allahu Akbar!” sambut Abdul Rahman penuh bersemangat. “Hmm,kalau kita fikir matahari tu cantik,penciptanya sudah tentu berkali-kali ganda lagi cantik!Allah tidak menciptakan sesuatu itu sia-sia.Setiap ciptaanNya mempunyai maksud dan tujuannya yang tersendiri untuk memberi manfaat kepada sekalian umat manusia,agar kita berfikir.”kata Uwais, lembut dan berhikmah seraya membuka tafsir Al-Quran di hadapannya lalu membacakan sepotong ayat Al-Quran.
“(iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring,dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata), “Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia;Maha Suci Engkau,lindungilah kami dari azab neraka.”
                                                                           Ali ‘Imran:191

Zikir beralun merdu di lisan kesembilan-sembilan syabab itu.Liqo’ pada hari itu mengambil tempat di kediaman Syaukani memandangkan dia tetap berkeras untuk hadir ke liqo’ tersebut walaupun telah dipujuk berkali-kali oleh Uwais kerana keadaan kesihatannya yang tidak begitu mengizinkan.Uwais akur dengan permintaan sahabatnya itu dan menyambut permintaan tersebut dengan gembira.
Menyedari keterlanjuran dirinya yang telah menghalang Syaukani daripada hadir ke majlis ilmu tersebut,Uwais segera beristighfar. “Astaghfirullahal ‘azim,Ya Allah,aku yakin kehadirannya ke majlis ilmu yang InsyaAllah dipayungi sayap-sayap malaikatMu yang membawa rahmat ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menggapai redhaMu,Ya Allah.Siapalah diriku ini untuk menghalang kehendaknya. Aku sememangnya insan yang lemah,tidak sempurna dan selalu berbuat dosa.Aku memohon padaMu,Ya Allah,Kau ampunilah dosaku.Allah…Allah…”.Setelah itu,Uwais menyertai mereka semua menggapai mardhotillah.
Air matanya yang sudah sekian lama mengalir di pipinya diseka perlahan.Rindunya pada sahabat seperjuangannya,Uwais Al-Qorni bagai sudah tidak mampu ditahan. Sejenak,kenangan manis mereka ketika sama-sama dididik dan ditarbiyyah sepanjang bergelar attolib di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek kembali bertandang di fikirannya,sekaligus meragut ketenangan Fawwaz. Bahkan, tafsir di tangannya merupakan hadiah pertama,yang juga hadiah terakhir pemberian Uwais yang diterima oleh Fawwaz pada hari lahirnya ketika mereka sama-sama menuntut di tingkatan dua.Bumi barokah SHAMS menjadi bukti persahabatan mereka.
Pemergian Uwais sememangnya terkesan di jiwa Fawwaz dan sahabat-sahabatnya yang lain.Detik perkenalan dan persahabatannya dengan Uwais yang terlampau singkat, tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila. Kenangan itu terlalu pahit untuk dia ingati,namun pada masa yang sama, kenangan itu juga terlampau manis untuk dia buang jauh.
Uwais banyak mendidiknya. Fawwaz juga mengakui,peribadi Uwais jauh lebih baik jika dibandingkan dengan dirinya.Bahkan,dia juga seringkali berfikir panjang sebelum menerima sebarang pelawaan daripada Uwais.Dan seringkali juga,pelawaan Uwais ditolak dan dikecewakannya.Fawwaz menyedari hakikat bahawa dia bukanlah sesiapa jika dibandingkan dengan Uwais.
‘Betul,Uwais.Allah itu Maha Besar,matahari itu memang cantik,tapi penciptanya lagi cantik’,bisik Fawwaz pada dirinya sendiri.Dan pagi ini tentu lebih indah andai kau ada bersama untuk terus mendidik diri ini.’Air mata Fawwaz menitis lagi.Sendunya terus berlagu syahdu.Namun,dia akur,itulah ketentuan Ilahi.Dia tahu,Allah lebih menyayangi Uwais Al-Qorni,akhifillahnya itu.


*bersambung*

Thursday, November 4, 2010

Diskusi : Jamuan Kelas

FAAZMI
dot
BLOGSPOT
dot
COM
__________________________________________________________________________________________

2 IBNU QUDAMAH
2010
dot
BLOGSPOT
dot
COM

MENGADAKAN JAMUAN KELAS AKHIR TAHUN 2010

Hari ini , saya , Fatin Athirah Azmi , selaku setiausaha 2 Ibnu Qudamah ingin menyatakan beberapa perkara berkaitan perkara di atas .

2. Tujuan mengadakan jamuan akhir tahun adalah untuk meraikan hari-hari yang dilalui bersama serta mempunyai maksud yang tersirat (??) . Tidak lupa juga sebagai majlis perpisahan .

3. Sebagaimana yang ditetapkan oleh sekolah, berikut adalah butir-butiran yang berkaitan.

Tarikh : 9 November 2010 ( Selasa )
Tempat : 2 Ibnu Qudamah ( Kelas TERRRHIJAU )
Waktu : 8 pagi hingga 12 tengah malam hari

4. Pelbagai aktiviti yang akan disediakan oleh pihak pengurusan 2 Ibnu Qudamah . Antara aktiviti yang akan diadakan ialah :

  • Pertukaran hadiah
  • Cabutan bertuah
  • Sesuatu yang tidak diketahui dan dirahsiakan oleh Sofiah dan Sarah

5. Bagi acara pertukaran hadiah , para pelajar mestilah menyediakan hadiah yang berharga RM5 dan ke atas dan hadiah tersebut hendaklah dibalut dengan suratkhabar sahaja . Nama samaran hendaklah ditulis di atas hadiah tersebut . SEMUA PELAJAR DIWAJIBKAN MEMBAWA HADIAH . Contoh nama samaran ; Kambing Gurun .

6. Bagi cabutan bertuah pula , hanya 10 hadiah disediakan memandangkan masalah ekonomi yang terlalu gawat serta kritis . Hal ini berlaku kerana harga saham menurun baru-baru ini .

7. Untuk acara yang terlalu rahsia dan amatlah rahsia yang dipelopori oleh Sofiah dan Sarah , hendaklah bertanya dengan mereka sendiri kerana saya juga tidak tahu . Namun begitu , disarankan agar tidak bertanya kerana akan dibalas "Rahsia." atau "Adalah tu." oleh mereka berdua .

8. Makanan yang akan disediakan berupa nasi goreng ayam yang berharga RM5 sekepala . Sehubungan dengan itu , para pelajar 2 Ibnu Qudamah dirayu agar membayar harga yang ditetapkan . TOLONGLAH . Saya sebagai setiausaha merayu kepada kalian semua .

9. Seterusnya , minuman yang bakal disediakan berupa minuman seperti sebelum ini iaitu air oren kerana salah seorang pelajar kita iaitu 'Ainul Munirah dikatakan sangat pandai membancuh air tersebut . Oleh sebab itu , para pelajar 2 Ibnu Qudamah dikehendaki membawa air masak sebotol ( atau lebih ) seorang bagi menyempurnakan proses pembikinan air tersebut. Aina Farzana dan Nurul Sofiah , sumber air gula utama , diminta membawa air gula sebanyak beberapa botol .

10. Untuk makluman semua pelajar , duit bagi membayar nasi goreng perlulah dikutip secara berasingan kerana seperti mana yang diberitahu , harga saham telah runtuh baru-baru ini . Masalah ini dipandang serius oleh pihak pengurusan .

11. Kehadiran pelajar pada hari tersebut diwajibkan . Sebarang ketidakhadiran memang tidak akan dikenakan tindakan sama sekali , namun begitu anda sangat digalakkan untuk hadir .

12. Bagi menjaga imej 2 Ibnu Qudamah , anda DILARANG MEMBAWA TELEFON BIMBIT ke sekolah sebagaimana yang telah diberitahu oleh Majlis Perwakilan Pelajar sebelum ini . Diharapkan anda menjadi seorang yang bijak dengan mematuhi peraturan sekolah .

13. Sehubungan dengan itu , semua pelajar perlu memainkan peranan dan mengambil bahagian dalam aktiviti ini .

Sekian, terima kasih .

Yang benar ,

( FATIN ATHIRAH AZMI )
Setiausaha 2 Ibnu Qudamah ,
SMKA Sheikh Abdul Malek .

Greeners. :)