Aci x blog ni di'delete'? Maksimum answer no : 20 orang baru x delete.

Friday, August 27, 2010

owwoh deme !

Salam untuk semua rakyat jelata beta .
T.T
* berangan jadi raja lime saat *

ouh okay okay . lame pulok rase dok post kat sini :)
rinduu rase ke blog 2A2 tercinta nehh . hahak T.T

jadi first sekali nok tegur skettt ,
kalau kat shoutbox tu toksoh duk mengarut sangat laa .
serious ana kabo , napok di orang luor , yang visit blog nii ( biaa dok femes pun tapi ade gop aa yang melawat ) ...
rase canggung ( pelik ) ngakk . macam tadop disiplin .
and , boleh je nok mengarut tu , tapi mengarut biar sopannnn . SOPAN ?
dok reti bahase ke maksud sopan tu mende ?

kalau contohnye KAMBING MENIARAP ke ITIK ROCK ke boleh diterima agiii .
tapi ni kalau doh maksud pelik-pelik , please ah jangan cemor name baik kelas kite .
jangan gi jual maruoh diri tu sewenang-wenangnye . ingat orang dok tahu ahh perbuatan entum ?
dok kisoh aaa kalau NOK SANGAT tulis maksud pelik-pelik tu , tapi bukan sining .
BUKAN SINING , ana ulang agi bapok tulisan ;

BUKAN SINING BUKAN SINING BUKAN SINING

gi tempat lain , yang tadop kene ngene nge 2A2 atau SHAMS .
peliharalah kelas dan sekoloh kitee , ni dok , adop lasowng semangat patriotik :D:D:D

OKAY tu jelahh ase nok kabo sebab tugas ana menegur je kott kat sini .
post post lain tu , biar orang lain ah plopp .
ana rase bertanggungjawab sebab ana buat blog iniii .
jadi , kalau ade mende-mende hok dok molek , ana kene tegur ahh .
dan ana rase lame doh isu ni berleluase . jangan wat lagii :)
kalau ye pun nok main main , sopan ah sikit .

jage diri , jage iman dan jage jage .

last but not least ,
kepade sesiape yang dok puah ati nge ana ,
sile face-to-face or mesej ( kalau ade nombor ) dan terus terang .
ana mitok maaf banyokk ahh dehhh T.T
serious , jangan ddendam nge ana .
ana dok kisoh , tegur ahh ana , dakpe dakpe .

kepade muslimin ,
ana rase ramai yang anti nge ana ,
jadi mitok maaf banyok do'oh lalu .
ana pun manusie biase gop .
kalau dok puah ati ke mende ,
terus terang je laaa .
maseyh .
* STRICTLY FORBIDS ANY STUPID COMMENTS AND MESSAGES

thanks .

Wednesday, August 25, 2010

ngeheheheeeeeeee~~~~

*abaikan tajuk post yg agk suspicious*

ehem..ehem..

dengar aaa...dengar...

dua tiga kucing mati..
tajuk hari ni dop wape nk pasti..

ppantun teyh!
*walopon dop puitis starang T-T

hr ni mgkin nok wi se cite je lah..

ni crite santai2 je tp ade gop ah mesej di sebalik nye..

________________________________________________


gining cite ye! owohhh!!

*maafkan penulis yg mgkin terlebih excited scare tibe2 T-T

cite ni mgkin ade sbhgian hok dengo doh tp dakpe aaaaa..
*saje nok wak ppenuh blog ke? T-T


dalam sebuah rumah yg indah lg syahdu~~

tggl lah sepasang suami isteri.

dipendekkan cite..si suami ni ade lah syak wasangke ke isteri ye..
si suami brase si isteri ni mcm koho lame koho pekok..

sbb bile ye ckp je isteri ye dop jawab lasung T-T
*sian pulop ke ye

jd disebabkan si suami ni bimbang..
ye gi jjupe lah doktor snyap2..

berikut perbualan mereke:-

suami : doktor eyh..ambe wase istri ambe koho pekok laaa doktor weyhhh..

doktor : hulu teyh hok ni sorg *dlm hati*

doktor : oh..begini ye encik~..encik try uji dulu stakat mane isteri encik pekak..
             jd senang untuk kami buat pemeriksaan nanti..

suami : okeyh doktor!!! yeahhh!

doktor : excited teyh!



jd stelah pulang ke rumah..suami tu pun nk uji sejauh mane isteri beliau pekak~

mase tu isteri ye tengoh mmasok (memasak T-T)

suami td mngambil jarak 40 kaki lalu brtanye..

"..masok mnde tu??.."

namun tadop jwpn..si suami mula berasa bimbang..

die mgmbil jarak 30 kaki kmudian mngulang kmbali soalan td..

"..masok mnde tu?.."

dan hasilnye same...TIADA JAWAPAN dr si isteri

pahtu si suami pon mgmbil jarak 10 kaki terus dan terus mngulangi soalan td..

"..masok bnde tu?.."

oke..dan tdop jugok jwpn dr si isteri..

si suami sgt khuatir..

"..parok doh isteri aku ninggg.."

kerane terdesak lalu si suami mgmbil jarak satu cm dan ttepik ke telinge isterinye..

"..MMASOK BNDE TU??!!.."

si isteri scare tibe2 ttepik..

"..mnde?!..orang jwb empat kali doh kan?..xkan x dengo agi?.."

TAMAT

okee...fhm dop cite ye?
si suami ingt istrei ye pekok sbb isteri ni skmo dop jwb kalu ye ckp


RUPENYE DIE DOK DENGOR ISTERI YE JAWAB SLAME NI

T_____________T

jd..kite pon gitulah hakikatnye..
sblum syakwasangke ke org..
check diri kite dulu..

okeee...wallahua`lam..

same2 ambek iktibar.. =)

assalamualaikum^^

Monday, August 16, 2010

menangislah atas iman yg kian mati itu !

Assalamu’alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh, =)


AlhamduliLLAHi ‘alaa kulli haal,

Segala puja-puji kepada Al-Khaliq, Yang Maha Menciptakan ke atas segala-galanya,

Selawat dan salam isyarat kecintaan kepada HabibuLLAH Ar-Rasul SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda.


dkpe ah edit byk kali doh ponnn..topik pde hari ini sudah tertera di ats..

jd sama samalah kita mngmbil iktibar =))


“Al-Iman Yazid Wa Yankus”,

Kita biasa dengar penyataan yang satu ini. 

Maksudnya, iman itu hakikatnya mempunyai turun naiknya. 
Sihat dan bertumbuhnya iman itu adalah atas hasil ikhtiar empunya hati yang memiliki iman itu sendiri. Begitu juga apabila bercerita tentang jatuh merudumnya iman,
 ianya adalah natijah daripada pekerjaan manusia 

yang ‘asi, atas ikhtiar yang empunya hati itu sendiri.


Susahnya menjaga iman ini.

Susahnya menjaga iman kerana di zaman ini a

da banyak macam benda yang mempu mencuri iman itu daripada hati manusia. T
idak perlu melihat ke dalam sudut yang lebih dalam ataupun di perspektif yang lebih jauh, 
cukuplah dengan memandang keadaan di sekeliling kita 

– itu sudah cukup untuk menjadi asbab agar iman kita itu dibawa lari.

Aurat yang tidak tertutup sepenuhnya mampu merampas iman dari dalam jiwa hati manusia. 

Hiburan tanpa mengenal batasan mampu juga merompak iman manusia. 
Memenuhi tuntutan hawa nafsu makan secara berlebihan juga mampu merombak iman manusia.

 Di zaman ini, seolah-olah selautan perkara, sebanyak macam benda boleh menjadi asbab kepada berkecainya iman di dalam hati manusia.


Bahayanya bahana iman yang tidak terjaga itu.

Bahayanya sekiranya tuan empunya hati yang menyimpan iman itu tidak menangisi realiti keteguhan iman yang semakin goyah, tercabar semakin hari. 

Tidak menjaga lidah dalam berbicara, 
tidak menutup telinga seraya seruan-seruan fahsya’ dan munkar memasuki ruang pendengaran, 
tidak mahu menoleh ke arah zon yang menyelamatkan iman apabila mata mula meliar mencari dosa-dosa, 
tidak mahu menarik tangan apabila tangan-tangannya itu ditawarkan dengan emas permata tipuan dunia, 
tidak mahu mengangkat kaki untuk berhijrah ke arah yang menghidupkan, 

masih mahu duduk di takuk dosanya yang lama.



Alangkah gelapnya terasa di dalam dunia orang yang tidak mahu menjaga iman itu.

Mahu sahaja datangnya cahaya iman ke dalam hatinya, 

dia hambat !
dia tutup tingkap hatinya daripada menerima sinaran iman itu !
 Dia tolak kehadiran cahaya itu !

 Dia seolah-olah lebih suka di dalam gelap gelita dunia kesesatannya sendiri!


Alangkah sedih melihat iman yang tidak dijaga,

Sedihnya melihat iman yang tidak dijaga, 

kerana tidak mengetahui ataupun 
telah menutup mata sendiri tentang hakikat iman yang tidak dapat dijual-beli serta diwarisi. 

Menangis dan merana jiwa yang hampa apabila melihat sewenang-wenangnya 
manusia yang pada mulanya beriman di dalam hatinya

 telah dihanyutkan oleh badai perosak iman.

Hari ini iman sudah mudah-mudah dijual-beli, 

sudah mudah-mudah digadai. 

Sedangkan nilai pajakannya itu apabila dibandingkan dengan harga iman,
 maka harga iman kurniaan Tuhan tiada ditandingi. 
Iman sudah boleh dijual dengan tawaran gaji yang tinggi, 
iman sudah boleh ditukar dengan pujukan suami ataupun isteri, 
iman sudah boleh dilelong dengan pangkat dan jawatan tertinggi,
 iman sudah boleh dilepaskan dari tambatan hati 

dengan menunaikan nafsu syahwat yang tidak dipagari.


Hari ini iman menjadi saksi,

Bahawa tanpa dirinya di dalam hati orang-orang yang memiliki hati, nyawa dengan mudah diragut sana-sini. 


Kekayaan duniawi menjadi sasaran utama sehingga manusia lupa akan tujuan ukhrawi. P
asangan yang belum bernikah sudah boleh jadi persis laki-bini. 
Amanah pangkat dan jawatan sudah tidak lagi dilihat sebagai ujian daripada Ilahi. 
Rasuah dan gelap duit semata-mata mahu kaya 

tanpa mengira keberkatan di dalam rezeki.


Hakikatnya, itulah dia natijahnya, 

banyak kemusnahan yang terjadi apabila iman yang mahal itu sudah ditolak ke tepi. 
Iman sudah jadi picisan bagi manusia yang 

tidak mengenang budi Tuhan hari ini!


Kasihanilah iman,  !!

Kasihanilah ia bukan kerana lemahnya ia,

tetapi kasihanilah ia kerana semakin nazak dan mungkin sudah matinya ia di dalam hati diri manusia. 

Iman tidak dapat dilihat, 
tetapi manusia yang mempunyai mata hati pasti sedar akan sakitnya iman di hujung zaman ini. 
Menangis ia.
 Meraung ia. 
Meronta-ronta ia. 
Meminta-minta ia 
untuk dilepaskan diri daripada dibelenggu nafsu manusia. 
Dibelenggu kemaksiatan manusia.
 Ia sudah tidak tahan dengan dosa-dosa kita! 

Ia mahu dibebaskan daripada penjara ‘melebihkan cinta dunia’!


Maka wahai kaum yang memiliki hati,

"Indeed, it is with the remembrance of ALLAH that the hearts enter into a state of tranquility"


Usahakanlah dirimu untuk menjaga iman di dalam hati itu. 

Bajai hati yang beriman itu. 
Kuatkan dirimu untuk bersolat agar subur kembali ia. 
Sedekahkanlah zikruLLAH untuknya. 
Berwudhu’lah untuk mensucikan dirinya. 

Tadabburlah Al-Qur’an serta alam untuk menerangi ia kembali.

Usahalah kamu ke atas kehidupan iman kamu!

 Jangan biarkan dia menangis,
 kerana yang ditakuti dalam ia menangis, 
ia semakin sakit, 

sangat boleh jadi kemudian iman itu mati!


Oleh itu, pujuklah hati ini. 


Pujuklah hati untuk menangis memikirkan hakikat iman di akhir zaman ini!


Menangislah! 


Menangislah wahai manusia akhir zaman! 


Menangislah ke atas iman yang kian mati itu!


Wassalam,


waLLahua`Lam bissawab

Saturday, August 14, 2010

wujudkah busana muslimah yg sebenar?

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..
insya Allah hari ni nk bincg tjuk yg tertera di atas..

WUJUDKAH BUSANA MUSLIMAH YG SEBENAR?

smoga artikel ini dpt memberi mnfaat ^^

~artikel ini mrupakan luahan hati seorg ukhti

entah untuk ke berapa kali saya menggeleng..
kesal..bercampur hiba..
yg putih bertukar kelam..
berubah kelabu warnanya...
hiba dek mengenang masa depan anak anak yg kian mmbesar di depan mata..
bgaimana corak akhlaknya pabila bewasa kelak??

hri ini saya menggelengkan kepala lagi..
gambar2 tertera berwarna warni mmg indah apabila nafsu beraja di mata..
akan tetapi jika digunakan kaca mata iman dan ilmu dyg sedikit dlm dada..
bukan itu sepatutnya yg bertakhta.. =(

di hadapan saya menatap wajah2 model dgn plbagai gaya digunakan sbgai "fesyen islami"
atau nama lainnya "busana muslimah"..

gelengan pertama kerana model2 nya yg tampil dgn gaya menggoda..
dan gelengan yg kedua..ketiga...dan sterusnya adalah kerana bentuk pkaiannya..

kalau dulu fesyen islamik dipandang sepi..
kini munculnya bagaikan cendawan yg tumbuh selepas hujan..
banyak dan merata rata..

gaya tradisi bercampur ranggi..
motif songket disulam bersama labuci..
butiran manik sbagai penyeri..
malah ada yg berkilau dgn kilauan permata dan bermacam macam lagi..

~semuanya tampil dgn tema yg serupa:

"..WALAU BERTUDUNG TETAP MEMPERSONA.."

inilah hakikat muslimat akhir zaman
menutup aurat (kata mereka) hanya sekadar mengenakan tudung di kepala..
tetapi pakaian msih ketat menampakkan susuk indah tubuh mereka..
memakai tudung tetapi dililit melebihi 360darjah sehingga melepasi bawah leher..
sedangkan bonggol rambut mereka masih jelas kelihatan di belakang..

~jelasnya busana muslimah yg wujud kini sudah byk disalah ertikan oleh perekanya..

wahai ukhti ukhti muslimat yg amat dikasihi..

sebaik baik pakaian adalah taqwa..
justeru..hanya dgn ketaqwaan yg sbnr kpda Allah mnjadikan sseorg itu redha
untuk tunduk kpda stiap suruhan dan larangan Nya,..

perhiasan yg indah bukan tiket untuk meraih perhatian manusia tetapi sebagai satu
UJIAN KETAATAN SELAKU HAMBA NYA

firman Allah,

"..dan tidaklah (patut) bg laki2 yg Mukmin dan tidak (pula) bg perempuan yg Mukminah,
apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan ssuatu ketetapan akan ada bg mereka pilihan (yg lain)
ttg urusan mereka. dan sesiapa mnderhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah tersesat,sesat yg nyata.."
~ surah al Azhab 33:36

kurniaan yg diberikan di dunia haruslah disalurkan dgn cara yg tepat..
harus disalurkan kepada usaha mgajak manusia agar mengabdikan diri kpada Nya..
biarpun hanya sekadar tudung dan pakaiannya yg menutup aurat mengikut syariat,
mampu mngawasi pemakainya untuk lebih mnjaga tgkah laku dan akhlak..
selaras dgn pkaian yg dipakai..

hal ini kerana pakaian mlmbgkan imej agama yg mulia..
suatu amanah dan tanggungjawab bg org yg insaf ttg dosa dan pahala..

jgn nnti ketika di padang mahsyar untuk diadili
pakaian indah biarpun menutup aurat di dunia hanya mnjadi bukti kepada
rasa angkuh..riyak...ujub dlm diri.
atau mnjadi bukti bhawa pemakaiannya di dunia pernh melakukan dosa "mengelirukan"
manusia lain ttg kewajipan mnutup aurat...
~nau`dzu billahi min zaalik

sekian..

wallahua`lam bissawab

                                                                                                                                ~lilish T_T

P/S: rajin pulok update blog sehari due ni  -_-
smoge mndpt mnfaat drpd pengisian di atas
termasuk diri sndiri yg msh byk kelemahan
ingatlah..
antara dua cinta hanya satu yg perlu kita pilih..
cinta dunia yg sering melalaikan.. atau cnta akhirat yg berkekalan..
rebutlah cinta di akhirat kerana di sana pasti adanya syurga ^^


Greeners. :)