Aci x blog ni di'delete'? Maksimum answer no : 20 orang baru x delete.

Sunday, June 6, 2010

SHTI mnyibukkan diri...

stelah tahu do asal usul 2a2...jom ikut sjrh pkmbgnnye pule
sape x bace agi asal usul sile tekan sini
a)PULAU PINANG

KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH..

Syarikat Hati Tidak Ikhlas (SHTI) dtubuhkan di England pd thn 1600
Pde mase itu sluruh wrge 2a2 belum hidup..
Krajaan british telah mmberi kuasa kpd SHTI untk

a) mnjlnkan prdgngan antrbgsa
b) mluaskn tnh jjahn

 
MUKADIMAH

Kita beryukur krana kelas kita trletak d tgh2 laluan koridor

T__________________T

Kdudukn strategik mnybbkn ngara kta mmpunyai plbhn brtrf dunia..
Walaubagaimanapun prgolakan politik dan prebutan takhta yg berlaku telah membuka ruang kepada british untuk mgmbil 2a2 dgn penuh wibawa.

 
PERTAPAKAN SHTI DI PULAU PINANG

Pulau pinang trdiri drpd barisan pertama di klas 2A2 iaitu

-FATAH-ZUL-FADLAN-FARID-FIFI-`AINUL-DIDI-TOMMY

(MREKE MNJADI WATAK2 DLM CITE NI)
Wlaubgaimanapun SHTI x blh mnguasai P.Ping krana siam mngakui P.Ping di bwh naungannya..
(siam wahi nggoh x sabbik lam cite ni)

Sugguhpun bgitu SHTI prlu mcari sbuah plabuhn utk djadikan tmpt :-
a) pngkalan tentera

~SHTI mmerlukn burger dr koop krane mndpt psrn baek di Eropah.
Sbagi tukaran koop mahukn teh.jd SHTI blh suruh fifi dan ainul buat teh je pa cceroh..

b) pelabuhan persinggahan

~ plabuhn pulau ping dpt mnyediakan plbagai kmudhn mklomlah SHTI wahi ngak jjalang:-
- kmudhn mmbaiki kpl oleh zul fatah serte farid n fadlan
- kmudhn bkln air &mknn oleh puok2 ERT (fifi nunu didi tommy)


KDAULATAN 2A2 TERCABAR
Pd kurun ke-16..2a2 tlh brkmbg sbgai plabuhn entrepot. Dsr buka pintu yg diamalkn olh krajaan 2a2 amt maju.lg pun mmg 2a2 tadop pintu.jd snglah untuk 2a2 mnjlnkan dasar itu.

Ancmn yg dihadapi :-

ANCAMAN BUGIS

~pd akhr kurun Ke18 prtikaian tlh brlaku di klgn pmbsr yg mngncm kdulatan kedah. Sultn Muhammad Zuljiwa tlh mlntik Tun Fatah mnjadi Rja Muda Kedah ttp plntikn trsebut x dpersetujui krna Tun Fatah sptutnye jage suis kipas..bkn jd Raja Muda krane beliau amt berwibawe dlm hal2 kekipasan itu. Rkyt jelata brpakat dgn bugis di Selangor untk mnentg sultn Muhammad zuljiwa.. Sultan Muhammad Zuljiwa brundur ke kangar naik air asia untk mneruskan prjalanan.

T_________________T



Sultan Muhammad Zuljiwa (pggil SMZ doh ah) b`usaha mndptkn bntuan ktnteraan drpd firma JOURDAIN FADLAN SOULLIVAN DE SYAHIDAN untuk mnntg Bugis bg mgmbalikn kdaulatan 2a2. pd thun 1771, firma mnghantar Farid Light untuk berunding walopon sbenonye mase 1771 tu kite x hidup agi.Satu prjnjian tlh dtndatangani yg mmbenrkn firma brniaga karpet di 2a2.
*sabbiknye nege karpet!
Firma pula dkehendaki gocoh nge Burma kalu ye mari tibe2..



ANCMAN SIAM

2a2 mnghentikan pghntaran bunge plastik kpde siam sbb ye wahi ngat tbe2 mari msk cmpur lam cite ni walopon ye dop sabbik ane. pade mase itu siam brperang dgn burma. slps perang tamat siam bngkit sbgai sbuah kuase yg kuat (bngge teyh!)..siam turut menuntut pnghantaran bunga plastik drpd 2a2 krane bunge itu sgt chomell serte tidak perlu disiram. Sultan 2a2 iaitu Sultan Anwar pde mase itu brse terancam dgn tuntutan siam. Sultan Anwar trpksa mndptkan bntuan ktnteraan drppd SHTI. bginda mnwarkan Pulau ping kde SHTI iaitu barisan hok dduk hujung skali tu sprti yg tlh dnyatekan di atas. Farid light mnyedari potensi pulau ping sbga pgkln tntera dan plbuhan yg strategik. sungguhpun SHTI nk jage hbgn baek ngan siam..tp ye trime gop twrn sultan Anwar itu. (kbo jelah ye tamok..kan senang?)

TIPU HELAH FARID LIGHT BAGI MNDAPATKAN P.PING

twrn sultn Anwar yg menawarkan p.ping kpde SHTI adlalah bgaikan "ulam dicita pucuk mndtg".
farid light tlh mnndatangani satu prjnjian dgn sultan Anwar yg dinamakan PRJANJIAN ANWAR NGE FARID scara peribadi. syrt prjnjian

1. SHTI kne tlg 2a2 gomo
2. 2a2 wi SHTI mnduduki pulau pinang. klu kne serang

pd 11 ogos.. upacara mnaikkan bndera union jack and jill diadakan.
Farid Light telah mnukarkn p.ping sbagai PRINCE OF FARID ISLAND..
ptmptn mreka dinmakn FADLANTOWN smpena nama raja England iaitu KING FADLAN..
T____________________T

pd suatu hari..
(x mboh kabo tarikh sbb x hidup agi pon!)
siam hok wahi ngat masuk cmpur tlh mngancam kedah..
sul Anwar mnuntut bntuan ktnteraan dr SHTI tp SHTI xmboh sbb prjnjian tu name PRJNJIAN ANWAR NGE FARID..bkn SHTI..sultn Anwar brase tertipu lalu ngamok sorg diri.. Farid light hok ddebo tgk sultn ngamok mmberi twrn RM1 kpde sultan tetapi sultan Anwar terus mngmbil duit itu lalu dimakannye dgn muke dop besaloh smbil ttepik "..XMBOH!!.."

Sultn anwar yg kenyang stelah mmakan wang itu brkumpul brsame tntera2 in untuk mnghncurkan SHTI.. namun SHTI gop menang sbb ye gune bom & meriam sdgkn tntera2 sultn Anwar main jentik2 je..
"..gune jari pon boleh!.."

DGN RASMINYE P.PINANG MNJADI HAK SHTI


~~~~~~~~~~~~~~~~~~to be continued~~~~~~~~~~~~~~~~~~


~PERJUANGAN BAKAL DITERUSKAN...ngess3..

                                                         - sultan alyauddin riayat shah 5






































Saturday, June 5, 2010

Keluargaku Syurgaku...

 



Friday, June 4, 2010

oh yeah ~!

assalamualaikum ~!!
annyeong haseyo ~!

ehem ehem...=.= *sokmo adop idea pendahuluan*

jadi insya Allah harini ana akan kongsi satu cerita yang memang best !..terharu pun ada jgak..

bila baca crita ni..memang sesuai untuk kita lah..serta sesiapa yang mempunyai sahabat ...
 especially untuk kita di 2 IBNU QUDAMAH.. 
MyEm0.Com 
(tp just ambik dr website lain TT__________TT ) 
 MyEm0.Com



Ever Lasting Friends  


Photobucket 

Wish for Hana comel...

* Thanks for everything...
* Jangan lupa aku ye... Forget me not...
* Semoga berjaya dalam exam nanti...
* Semoga bahagia di dunia dan akhirat... Insya Allah...
*Love you forever...

Sahabatmu,
Mardhiyyah
 
Hana tersenyum. Kad comel yang diterimanya 15 tahun lalu dipegang. Dia mencium kad itu. Tanpa disedari, air matanya menitis. Kenangan di alam persekolahan menerjah mindanya. Kenangan itu membawa seribu satu pahit manis alam persahabatan. Di waktu itu jugalah, dia banyak belajar tentang erti kehidupan. Dia masih ingat saat bersama dengan sahabat baiknya, Mardhiyyah. Sahabat sejati yang dicari-cari selama ini.

Walaupun rumah mereka berjauhan, mereka masih saling berhubung. Gembira bersama, sedih bersama, segalanya bersama. Hana bersyukur setelah ditawarkan bekerja di satu daerah yang sama dengan sahabat baiknya itu. Mardhiyyah banyak membantunya. Daripada masalah di sekolah, bahkan di tempat kerja sehinggalah ke masalah peribadi. Hinggakan calon suami pun Mardhiyyah sanggup tolong carikan.

Dia masih ingat kata-kata Mardhiyyah, mahu menjadi seperti Khaulah binti Hakim. Wanita solehah di zaman Rasulullah S.A.W. yang menjadi orang perantara untuk melamar Saudah Zam'ah untuk baginda Rasulullah. Beliau seorang pencari jodoh yang mulia dan dihormati. Mardhiyyah mahu mencontohinya. Dia mahu Hana mendapat suami soleh, bertanggungjawab, warak dan mampu membimbingnya ke jalan yang benar.

" Kau yang rajin sangat carikan suami untuk aku, kau tu bila lagi, Mardhiyyah? "

Hana teringat selorohnya kepada Mardhiyyah.

" Ala... Bukan selalu. Aku nak sangat tengok kau kahwin. Tengok anak-anak kau. Takut tak sempat pula nanti, " sambung Mardhiyyah.

" Ish... Kau ni. Mengarut je la. Nanti aku kahwin, kau jadi pengapitnya. Aku bersalin, kau jadi bidannya. Boleh janji? "



" Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: ‘Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi', kecuali (dengan menyebut): ‘Insya Allah'. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: ‘Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini. "
Pantas Mardhiyyah menyambung dengan membacakan tafsiran ayat 23 dan 24 dari surah Al-Kahfi. Begitu mendalam sekali maksud tafsiran itu.

Walaupun dilahirkan sebagai anak yatim piatu, Mardhiyyah bersyukur kerana telah dijaga dan diasuh oleh arwah neneknya, yang merupakan seorang guru agama. Dia telah terdidik dengan segala cabang ilmu agama sejak kecil. Bahkan, seawal usia 15 tahun dia sudah pun boleh menghafal 30 juzuk Al-Quran.

" Jadi, apa maksudnya, Ustazah Mardhiyyah?" Hana menyambung selorohnya.

Disebabkan kepetahan Mardhiyyah membicarakan hal-hal agama juga telah menyebabkan dia digelar ‘ustazah' di kalangan rakan-rakannya di sekolah.

" Insya Allah... Kalau umur aku panjang, bolehlah aku jadi pengapit dan ‘mak bidan' kau. Sebab itu aku tak mahu janji. Faham tak, anak muridku sayang? "

Lantas, Mardhiyyah mencuit hidung mancung milik Hana. Mereka berdua tertawa. Tidak menghiraukan suasana sekeliling. Hana teringat detik itu. Waktu itu. Kalaulah masa boleh diputar kembali, dia ingin saat itu terhenti. Kalaulah.

Tidak lama selepas itu, Hana telah dipertemukan dengan seorang pemuda yang kini menjadi ‘raja' dihatinya iaitu suaminya. Pertemuan yang tidak dijangka itu telah membibitkan rasa cinta antara mereka yang sudah semestinya bertunjangkan cinta kepada Rabbul Jalil. Semua itu aturan Ilahi yang telah diilhamkan kepada hambanya-Nya yang solehah. Hana sama sekali tidak menyangka bahawa pemuda itu merupakan sepupu kepada Mardhiyyah. Begitu hebat sekali percaturan Yang Maha Kuasa.

Petang Rabu itu, Mardhiyyah mengajak Hana untuk sama-sama solat berjemaah di Masjid At-Taqwa. Kebetulan hari itu akan diadakan kuliah Maghrib di masjid tersebut. Memang menjadi rutin mereka untuk menghadiri mana-mana majlis ilmu yang dianjurkan.

"
Majlis ilmu merupakan salah satu daripada taman-taman syurga Allah. Berpuluh ribu malaikat akan turut bersama kita dalam majlis seperti ini. Jadi, ambillah kesempatan ini untuk memohon tiga perkara daripada Allah. " Mardhiyyah mengingatkan.

" Perkara apa, Mardhiyyah? " soal Hana.

" Pertama,
mohonlah syurga daripada Allah. Kedua, mohon supaya diri kita dijauhkan daripada api neraka dan ketiga, mohon diampunkan segala dosa-dosa kita. Insya Allah, Allah akan makbulkan permintaan hamba-Nya yang ikhlas. "

Hana tersenyum mendengar penjelasan itu. Berbunga hatinya lantaran takjub dengan kebesaran Illahi.

Usai solat Isya' berjemaah, mereka mengambil kesempatan untuk mengemas masjid itu. Al-Quran disusun dengan rapi. Telekung disangkut di tempatnya. Sejadah dilipat kemas. Sewaktu meletakkan sejadah di atas rak, Hana terpandang sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis sahih Riwayat Bukhari dan Muslim. Dia begitu tertarik lantas dicapainya kitab itu. Tertib sekali dia membuka kitab itu agar tidak terkoyak mahupun rosak.

Satu persatu halaman kitab itu dibeleknya. Matanya terpaku tatkala membaca satu hadis Riwayat Bukhari yang bermaksud;

" Wahai pemuda! Sesiapa yang mampu akan maskahwin maka berkahwinlah kerana ia lebih merendahkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah kerana ia menjadi perisai baginya. "

Hana tersenyum sendiri lantaran teringat kata-kata Mardhiyyah yang ingin mencari suami untuknya. Dia tidak menyedari, perbuatannya itu diperhatikan oleh seorang pemuda.

" Assalamualaikum. " Pemuda itu menyapanya. Hana terkejut.

Hampir-hampir sahaja kitab itu terlepas dari pegangannya. Dia beristighfar sambil mengurut-urut dadanya.

" Waalaikumsalam. " Cepat-cepat Hana menjawab. Dia tahu hukum menjawab salam adalah wajib.

" Maafkan saya. Saya tak berniat nak membuatkan saudari terperanjat tadi. "

Lembut dan tenang tutur kata pemuda itu sewaktu memohon maaf atas tindakannya itu.

" Oh... Tak ada apa. Saya yang leka sikit tadi. " Hana sempat mengerling ke arah pemuda itu lalu ditundukkan kembali pandangan matanya.

Subhanallah! Dia terpegun melihat ketampanan wajah pemuda itu. Riak wajahnya begitu tenang, bisa menggugat keteguhan iman seorang yang bernama wanita. Hana tidak berani mendongak ke arah wajah itu kerana tidak mahu terjerat dengan perangkap Iblis Laknatullah.

Dia teringat salah satu hadis Rasulullah yang menjadi pegangannya yang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang bermaksud:

"
Rasa malu dan iman adalah sejoli. Bila yang satu lenyap, yang lainnya lenyap juga. "

" Saya Aiman Ashraff. Saudari? " tanyanya.

" Hana Insyirah. " Dia masih tunduk.

Pertemuan itu rupanya diatur oleh Mardhiyyah yang sedang asyik memerhatikan sahabatnya itu. Aiman merupakan seorang pensyarah agama di salah sebuah universiti dalam negara. Pertemuan itu juga merupakan titik permulaan ke alam perkahwinan bagi Hana yang disaksikan oleh berpuluh ribu malaikat di rumah Allah itu. Perkahwinan yang bakal menjanjikan kebahagiaan berumahtangga yang dilimpahi mawaddah wa rahmah dari Ilahi.

Dua minggu sebelum pernikahan Hana dan Aiman, Hana menerima 'SMS' daripada Mardhiyyah.

Doa dari seorang sahabat:
Ya Allah, jika sahabatku jatuh CINTA, berikanlah cintanya pada seseorang yang melebihkan cinta pada-Mu agar bertambah kekuatannya untuk menyintai-Mu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh HATI, izinkanlah hatinya menyentuh hati orang yang hatinya tertaut pada-Mu agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah. Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku RINDU, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu, jagalah rindunya pada-Mu agar dia tidak lalai dari merindui syurga-Mu... Amiin...

Hana terkedu. Sebak mencengkam dadanya. Terasa sesak nafasnya tatkala membaca 'SMS' itu. Hana berdoa dalam hatinya.

" Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana telah menemukan aku dengan sahabatku, Mardhiyyah. Segalanya atas izin-Mu jua. Kau limpahkanlah rahmat ke atasnya. Kekalkanlah persahabatan ini hingga ke akhir hayat kami. Amiin. "

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Dengan sekali lafaz, Hana selamat diijab kabulkan dengan Aiman. Air matanya bergenang.

" Sekarang kau dah jadi isteri orang. Tak lama lagi, jadi ibu orang pula. Ingat, tanggungjawab kau makin besar. Jangan sesekali abaikan tanggungjawab kau tu. Syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya tau, " bisik Mardhiyyah. Hana mengangguk.

" Syukran, Mardhiyyah. " Hana mencium pipi sahabatnya itu. Terasa bagaikan ada aura yang mengalir. Mereka tersenyum.

Tidak lama kemudian, Mardhiyyah pula mengikut jejak langkah Hana. Jodohnya dengan seorang peguam syariah, Luqman Hakim namanya. Namun, segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Suaminya telah kembali ke rahmatullah sewaktu dia mengandung anak kedua. Suaminya pergi semasa sedang tidur. Mardhiyyah tidak menangis, apatah lagi meratap. Dia begitu tenang sekali menghadapi saat-saat itu. Dia redha. Jodoh, ajal, maut semuanya dalam genggaman Rabbul Alamin.

" Sabarlah, Mardhiyyah. Allah lebih sayangkan suamimu. Panjatkanlah doa agar rohnya tenang di sisi para solihin, " Hana menenangkannya.

Dia tahu betapa luluhnya hati Mardhiyyah tika itu. Mereka berpelukan. Tiada kata yang mampu diucapkannya.

Usia kandungan Mardhiyyah sudah mencecah lapan bulan. Semenjak kematian suaminya, dia banyak bersendirian, beribadah kepada Allah disamping menjaga anak sulungnya yang berusia 5 tahun.

" Hana, aku nak minta tolong sesuatu dari kau, boleh? " ujar Mardhiyyah pada satu petang. Petang yang begitu hening.

" Insya Allah... aku akan cuba penuhi permintaan kau tu. "

Mardhiyyah menarik nafas panjang.

" Kalau aku dah tak ada nanti, boleh tak kau jaga anak aku, Amirul dan ‘baby' yang bakal lahir ni? " Mardhiyyah mengusap-usap perutnya dengan penuh kasih sayang.

" Ish... Kau ni. Kenapa cakap macam tu pulak? Kan kita dah janji akan jaga anak kau sama-sama. " Hana gusar.

Mardhiyyah memegang perutnya.

" Nanti ‘baby' jangan nakal-nakal tau. Jadi anak solehah. Jangan degil. Jangan gaduh dengan Abang Amirul. Ummi sayang anak-anak ummi. "

Hana sebak. Dia tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

" Hana, nanti kau namakan ‘baby' ni... Khaulah... Ummu Khaulah. "

Mardhiyyah tersenyum. Mungkin senyuman terakhir. Senyuman yang bisa merungkaikan segala kesulitan di hati seorang sahabat.

" Ya, Mardhiyyah. Aku akan buat apa saja untuk kau, " Hana menahan tangisnya.

" Insya Allah? " ujar Mardhiyyah.

" Insya Allah, Mardhiyyah. "

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

" Mama! "

Lamunan Hana terhenti. Ummu Khaulah berlari-lari ke arahnya.

" Ya, sayang. Belajar apa di tadika hari ni? " tanya Hana sambil merangkul tubuh si kecil itu.

" Hari ni Khaulah belajar melukis, ma. Cikgu tu cakap, lukisan Khaulah cantik. Besar nanti boleh jadi pelukis. Mama, boleh jual tak lukisan ni? Boleh tambah duit poket. "

Hana tersenyum mendengar kepetahan Khaulah.

" Ada orang nak beli ke lukisan ni nanti? Lagi satu, besar nanti nak jadi pelukis ke? " gurau Hana.

" Tak lah, mama. Khaulah nak jadi doktor Islam. Lukisan tu mama lah yang beli. " sambung Khaulah sambil ketawa.

Hana mengucup dahi Khaulah. Dia berasa begitu bahagia.
Mardhiyyah,
Dah enam tahun kau tinggalkan kami. Kau pergi di saat melahirkan Khaulah. Kau pernah beritahu aku. Mati semasa melahirkan anak merupakan salah satu tanda mati Husnul Khatimah. Amirul dan Khaulah aku jaga macam anak-anak aku sendiri. Masing-masing dah bersekolah. Khaulah mewarisi kepetahanmu dan Amirul mewarisi kesabaranmu. Amirul banyak bersabar dengan kerenah keanak-anakan adiknya itu. Kedua-duanya bijak seperti kau dulu. Janjiku pada kau akan aku laksanakan sebaiknya. Insya Allah... Aku terlalu merinduimu, Mardhiyyah. Rindu saat-saat dulu. Terima kasih atas segalanya. Kaulah sahabatku, selama-lamanya. Doaku agar rohmu ditempatkan di kalangan para syuhada'. Amiin.
 
Hana menyimpan semula kad itu. Air matanya mengalir lagi.



Photobucket


oke oke..gtg..

annyeonghi kaseyo ~!!

p/s : selamat bercuti ~!! sama2 lah kita tingkatkan iman kite ~!!
bak kata PK HEM dan PK1.. 
MyEm0.Com 
  

wallahualam..
assalamualaikum w.b.t 



 

Tuesday, June 1, 2010

Aku Ingin Dipuji Manusia...Tetapi...Aku Lupa...Alhamdulillah

Assalamualaikum...

"You're a beautiful,girl.Sweeeet!!!!I am so happy to have a very-very sparkle-like face,such a beautiful...beautiful princess-like you as my friend.Oh god,I can't imagine if you don't have such a gorgeous face like this.Please,don't even dream to sit beside me as my friend!No way,such a big daydreamer!!!"

Astaghfirullah,diriku menuntut pujian manusia.Hariku tidak sempurna tanpa sanjungan mereka.Mengapa harus begini??Diriku alpa,mudah terpedaya dengan topeng manis manusia yang hanya hiasan penuh tipu daya semata-mata.

Astaghfirullah,diriku terus menuntut pujian insan biasa.Tak pasti dimana ikhlasnya,tak terhidu dimana tulusnya.Mungkin sekadar lapikan untuk mengenaliku,mungkin juga hanya untuk mempermainkan aku.

Bukan aku tidak menyukainya.Bukan juga aku mengizinkannya.Sekadar ingin memuaskan hati.Biarlah mereka memujiku,membuktikan diriku kini sempurna dimata manusia.Ada pangkat,ada rupa,ada nama.Mata manusia...Mata manusia...Mata manusia semata-mata...

Bodohnya aku,alpanya aku.Tatkala waktu itu menjengah,waktu yang ditakdirkan Ilahi, pertanyaan itu terdampar di mata akalku."Aku sempurna???Bila pula masanya Tuhan takdirkan manusia itu menjadi sempurna???Sedangkan seorang warak mampu melakukan kesilapan dalam sedar atau tidak,inikan pula diriku yang hina dina ini...Astaghfirullah...

Astaghfirullah....Aku ingin dipuji manusia...tetapi...aku lupa Alhamdulillah...Aku lupa Segala Puji Itu Hanya Bagi Allah...Aku lupa bahawa Allah itu menilai manusia melalui ketaqwaan mereka kepadaNya.Bukan melalui rupa atau harta dunia semata.

Rupa manusia tidak akan pernah kekal.Digores sebatang ranting kecil sekalipun sudah tercalar,cacat rupanya.Harta dunia juga begitu.Hanya dinilai andai ditabur di jalan sufi,jalan Ilahi.

Masihkah ada peluang untuk diriku,untuk berubah,untuk menghalalkan segala pujian itu menjadi milik Yang Maha Esa?Alhamdulillah,nur itu masih ada.Cahaya itu masih menyinar.Menerangi jalan hidup insan,penuh onak ranjau berduri,berbisa meracuni sanubari.

Kini masanya,ku ikhlaskan hatiku,ku serahkan jiwaku,ku zuhudkan diriku,menerima ketetapan itu seadanya.Aku tahu,aku pasti,aku yakin...Itu yang terbaik untuk diriku.

Insan,
Kini tiba masanya,
Engkau ubah haluan paradigmamu,
Pujilah Dia,
Pujilah Tuhanmu,
Pujilah Tuhanmu yang Maha Esa,
Pujilah Tuhanmu yang telah menciptakanmu,
Dari setitis air hina,
Dengan sebaik-baik ciptaan,
Dia menjadikanmu makhluk teristimewa.

Sungguh,
Aku tidak layak dimahkotai pujian itu.

Namun,
Andai satu hari nanti,
Perlu dirimu memuji manusia,
Nawaitumu menuntut engkau berbuat begitu,
Hatimu membisik bahwa itulah yang terbaik untuknya,
Himpunkan kalimahmu dengan sebaik baik cara,
Lakukanlah ikhlas keranaNya.

Dan,
Jangan pernah engkau lupa,
Jangan dibiar padam dari ingatanmu,
Kalimah Alhamdulillah,
Yang membuktikan,
Bahwa segala puji itu hanya bagi Allah.

WAllahua'lam Bissawab...
Assalamualaikum WBT...

Greeners. :)