Aci x blog ni di'delete'? Maksimum answer no : 20 orang baru x delete.

Friday, October 15, 2010

suatu kisah benar .

by: FIFIEY

Aku memandang ke arah kerja rumahku - iaitu menulis nombor dan perkataan 1 hingga 1000 dalam Bahasa Arab. Hampir semua rakan sekelasku sudah siap sepenuhnya. Aku? Baru hendak masuk nombor 700. Aku boleh siapkan secepat kawan-kawan aku yang lain, tapi minggu ini aku agak sibuk.

Abang aku, Khalil, telah melangsungkan pernikahan di Masjid Kota Damansara hari Sabtu baru-baru ini. Dua hari aku tidak hadir ke sekolah. Dan esok majlis sambut menantu diadakan di rumahku ini. Rakan-rakan sudah pun dijemput. Harap-harap mereka datang.

Ingatkan hari-hari yang berlalu bagaikan biasa di sekolah, terutama ketika aku tidak hadir. Namun, jangkaanku meleset sama sekali. Peristiwa yang tak pernah diduga berlaku. Jikalau diberitahu kepada seluruh dunia, belum tentu mereka semua percaya. Mungkin seorang daripada sepuluh sahaja yang percaya.

Sekolah agama, persekitaran yang tenang dan Islamiah... Sudah tentu tidak ada gangguan sebegitu. Namun, siapa sangka Allah bakal menurunkan dugaan sehebat itu kepada seluruh warga sekolahku? Aku sendiri diberitahu paling akhir, barangkali. Bagaimana aku tahu? Ikuti kisahnya.

Pada hari Khamis, aku berada di rumah abangku yang sulung di Puchong. Aku menelefon rakan-rakan baikku, ingin bertanya keadaan sekolah. Tetapi, sepi... Yang kudengar hanya sekadar 'dial tone' yang tidak berjawab. Sudahlah bunyi 'dial tone' itu membosankan! Kalau dipasang Call Me Tone lagu Maher Zain mungkin tak jemu aku menelefon.

Aku berputus asa pada hari Khamis. Hampa. Dan perasaan bimbang terbit jua di hati. Apa yang telah terjadi? Namun, aku hanya bersangka baik dengan alasan rakan-rakanku tak angkat telefon kerana sibuk dengan hal masing-masing.

Jumaat, 8 Oktober. Aku menelefon sahabat karibku, M. Aku mengadu kepadanya yang A tak angkat telefon. Dia menjawab mungkin A agak terkejut dengan peristiwa hari Khamis. Dia merahsiakan peristiwa itu. Aku tertanya-tanya. Aku menelefon S, mungkin dia boleh berkongsi. Namun, hampa... Dia tetap berahsia. Dan ada sesuatu yang membuatkan aku cemburu.

Aku tiba-tiba dipalit rasa gelisah. APA YANG TELAH BERLAKU SEBENARNYA? Aku membiarkan sahaja semuanya setelah S berjanji akan menceritakan semuanya kepadaku pada hari Ahad. Dan S juga menghantar mesej agar aku tenang, tidak memikirkan apa yang terjadi.

Sabtu, 9 Oktober. Abang aku diijabkabulkan dengan Kak Asnie. Bertambah seorang lagi ahli keluarga. Semoga berbahagia. Kakak-kakakku mengajakku pergi ke The Curve untuk bertemu Maher Zain. Aku ikut sahaja. Dalam perjalanan ke sana, A bertekad menceritakan semuanya kepadaku. Aku menelefonnya, namun dengan keadaan yang agak kelam kabut aku menamatkan panggilan.

Akhirnya A hanya menghantar mesej menceritakan apa yang berlaku. Ya Allah, sekolahku diserang histeria? Aku bagai tak percaya. Bagaimana sekolah agama boleh diserang histeria? Aku terus berdoa agar rakan-rakanku baik-baik sahaja. Mengapa terjadi begini?
A memberitahuku supaya menjaga akhlak dan kuatkan semangat. Ya, aku sedar A agak ketakutan sewaktu bercerita denganku. Aku yang sentiasa tenang hanya mampu berdoa. Aku memang tenang kerana aku tak melaluinya. Mungkin ada hikmah aku ke Kuala Lumpur.

Hari Ahad, 10 Oktober. Tarikh keramat? Tidak bagi aku. Tarikh itu bagai hari-hari lain yang biasa, cuma aku tidak larat hendak ke sekolah. Dengar khabar, berlaku lagi kes histeria di sekolah. Sekali lagi, aku hanya mampu berdoa. Rakan-rakan memberitahu A 'terkena' juga, namun bukan histeria. Dia bukan dirinya pada suatu saat. Dirinya tidak mahu menangis, tetapi tiba-tiba dia menangis.

Aku berfikir. Hendak dirahsiakan peristiwa ini... Aku sudah nampak hampir semua akhbar ada berita tersebut. Aku menggeleng tidak percaya. Calon pelajar cemerlang SPM juga terkena. Aku berdoa lagi.

Ayahku berkata, "Jarang-jarang peristiwa ni berlaku. Yang terakhir berlaku masa tahun 90-an."

Kakakku pula berkata, "Jarang-jarang juga kena. Tetapi kalau kena, biasanya dekat budak asrama."

Ayahku pernah mengajar di sekolahku suatu ketika dahulu - semasa aku belum dilahirkan. Kakakku pula bekas pelajar sekolah tersebut. Tentulah mereka lebih tahu apa yang terjadi dahulu.

Ibu saudaraku berpesan, "Jangan tenung orang histeria lama-lama. Nanti akan terkena kepada kita,"

Aku melayangkan fikirkanku. Mungkin dengan cara ini kita akan lebih dekat kepada Allah dengan meminta pertolonganNya agar dijauhkan daripada jin dan syaitan.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku" (Adz Dzaariyaat : 56)

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang orang yang kafir." (Al Baqarah : 34)

Allah... Allah... Semoga apa yang telah berlaku di sekolah dapat diambil pengajarannya. Jagalah akhlak entum entunna semua. Dan tak perlulah takut dengan jin ataupun syaitan kerana sesungguhnya yang Maha Berkuasa sentiasa bersama kita. Mantapkan iman dan ambillah iktibar.

Those who cannot remember the past are condemned to repeat it.

ALLAH IS ALWAYS BY OUR SIDE.

No comments:

Greeners. :)