Aci x blog ni di'delete'? Maksimum answer no : 20 orang baru x delete.

Thursday, February 3, 2011

Kekasih kita sedang cemburu

Adakah anda sedang asyik berbalas sms dengan si dia?

Adakah anda ternanti nanti panggilan dari si dia?

Anda sedang chatting dengan si dia ataupun berbalas komen di rangkaian facebook?

Seronok setiap kali bertembung dengan si dia?

Teruja bila mendengar khabar berita tentang si dia?

Sentiasa mencari peluang untuk bertentang mata dengannya?

......

errr,  jika jawapannya ya...

....

ANDA SEDANG MEMBUAT KEKASIH AGUNG ANDA SANGAT CEMBURU



...

siapa " KEKASIH AGUNG" anda?


BERKATA IBN QAWWIM AL JAZWIYYAH : 
"..Allah S.W.T sangat cemburu terhadap hati hamba Nya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada Nya dan ada yang lain di dalam hatinya selain Dia.."

kecemburuan Allah tidak langsung menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita,
Maha Suci Allah dari segala kekurangan,
cemburu Allah adalah tanda BESARNYA CINTA YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG TERHADAP HAMBA-NYA

Dia tak memerlukan kita,
Dia tak luak dengan kelalaian kita,
tak terjejas tanpa cinta kita...

tapi kita????

KEPERLUAN KITA KEPADA CINTA NYA MELEBIHI KEPERLUAN KITA TERHADAP MAKANAN, MINUMAN BAHKAN OKSIGEN.

-ingat,mencintai Allah adalah fitrah kita semua-

Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung,
Dia sayangkan kita,
Dia tak mahu kita menempah jalan sengsara,
Dia menawarkan cinta yang tidak mengenal kecewa,
-ITULAH HAKIKAT CINTA TERAGUNG-

........

"..habis? saya nak buat macamana? setiap kali jumpa dia...rasa teruja tu mesti ada.."

"...sehari tak sms/call dia,rasa kehilangan.."

"..setiap kali bertentang mata dengan dia....rasa lain macam.."


...........

ya, ketertarikan mu kepada si dia, SATU LUMRAH.
ingat, FITRAH YANG ALLAH HADIRKAN.

setiap fitrah ada peraturannya....

peraturan makan pun ada fitrah nikan pulak fitrah cinta, kan kawan kawan?

jadi...

WAJARKAH ANDA MENCIPTA LANGKAH TANPA MEMBELEK SEDIKIT PUN PERATURAN FITRAH CINTA?

tahu tak apa jadi kalau anda makan tak basuh tangan?

ya.. anda sendiri tahu jawapannya.. sudah tentu ianya membawa kemudaratan kepada diri anda benar?

jadi...
KENAPA TAK BELEK PERATURAN FITRAH YANG SATU NI?????????

.................

remajaku sayang.. bukan dirimu sahaja yang mengalami cinta,
semua orang takkan terkecuali,
termasuk para Rasul, para sahabat dan orang orang soleh.

...BEZANYA CUMA...

-bagaimana mereka menguruskan perasaan tersebut-

bagaimana dengan kita?
macamana kita nak urus fitrah cinta ni?
dengan jalan yang menghampiri..

FITNAH ATAU BARAKAH?

.........

WALLAHUA`LAM



1 comment:

Fifiey Azmi said...

majalah solusi ke ni =.="

Greeners. :)