Aci x blog ni di'delete'? Maksimum answer no : 20 orang baru x delete.

Saturday, September 4, 2010

betapa agungnya kasih Ilahi terhadap kita !

Sebuah kitab menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bertanya kepada Iblis

" Wahai Iblis laknatullah, apakah ikhtiar kamu sekarang keatas umatku, sebab aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan bani Adam daripada kafir kepada beriman kepada Allah S.W.T..."

" Syaitan mahu menyesatkan manusia sejauh-jauh kesesatan."
Surah An-Nisa:60

Iblis mengangkat kepalanya ke hadrat Allah S.W.T, lalu berkata..

" Ya Rabbi! Demi kemulian-Mu, aku akan sentiasa bersungguh-sungguh untuk menarik anak Adam melakukan kerja-kerja maksiat selagi mereka masih bernafas, dan hamba akan mencampurkan lelaki dan wanita bercampur gaul secara bebas supaya hamba mencelah di dalamnya."

Kemudian turun firman Allah yang bermaksud..

" Hai Mala'un, demi kebesaran-Ku! Bahawasanya Aku akan sentiasa sedia mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka meminta ampun kepada-Ku."

Rasulullah S.A.W bertanya pula,

" Wahai Iblis laknat, apa lagi yang engkau musykilkan?"

Iblis lalu menjawab,

 " YA Rasulullah S.A.W, sebenarnya hamba hairan dengan perangai umatmu dalam dua perkara:

1) Mereka mengaku mencintai Allah S.W.T padahal mereka itu taat kepadaku dengan melakukan maksiat,

2) Mereka sangat marah kepadaku, tetapi mereka sentiasa menurut segala hasutanku."


Allah S.W.T berfirman,

 " Hai Mala'un! Demi kemulian-Ku dan Kebesaran-Ku, sesungguhnya umat Muhammad itu dua kebahagian:

1) Kasih mereka itu kepada-Ku maka Aku jadikan kafarah (penebus dosa) bagi maksiat yang telah mereka lakukan kerana pendayaan kamu,

2) Marah mereka kepada kamu Aku jadikan kafarah bagi maksiat yang mereka lakukan kepada-Ku."


Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya,
 
 " Selalulah kamu ucapkan La Ilaha Illallah dan beristighfar kepada Allah S.W.T dan banyakkanlah kamu menyebut keduanya itu kerana Iblis berkata, " Aku binasakan manusia dengan noda dan dosa dan aku pula dibinasakan oleh manusia dengan La Ilaha Illallah dan istighfar."

~Riwayat Abu YA'ala r.a

wallahua`lam..

No comments:

Greeners. :)