Aci x blog ni di'delete'? Maksimum answer no : 20 orang baru x delete.

Tuesday, December 21, 2010

Tips Mengubati Penyakit Benci Dan Marah

Ibn. Qudamah dalam kitabnya Minhaj al-Qassidin ada memberi
ramuan cara mahu mengubati peyakit benci dan marah

1. menghayati sepenuhnya kelebihan mengawal kemarahan, mudah memaafkan, lemah lembut seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran dan sabda Rasul-Nya SAW

2. hadirkan dalam diri gerun dan takutkan azab Allah SWT apabila perasaan marah tidak dapat dikawal. Ingatlah bahawa kemarahan Allah SWT kepada insan adalah lebih hebat dan melebihi kemarahan antara manusia

3. mengambil sikap berwaspada daripada kemarahan kerana ia boleh membawa kepada permusuhan dan balas dendam yang berpanjangan. rendahkan hati dengan memaafkan kesalahan orang lain kerana tidak ada manusia yang sempurna sifat dan kejadiaannya. setiap manusia itu pasti ada kelemahan dan kekurangan.

4. membayangkan betapa buruknya paras rupa diri seseorang ketika sedang marah yang pastinya tidak mencontohi keperibadian akhlak dan budi pekerti para Anbiya' dan orang soleh.

5. mengubah pergerakan diri ketika marah seperti duduk jika sedang berdiri, berbaring jika sedang duduk, memohon perlindungan dari Allah dengan membaca A'uzubillahiminasyaitanir rajim dan berwuduk. sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, " sesungguhnya kemarahan itu adalah daripada syaitan yang dijadikan oleh Allah daripada api, sesungguhnya api itu dihilangkan melalui air, maka jika salah seorang dari kamu sedang marah, maka berwuduklah."


selamat mencuba!


aimi

No comments:

Greeners. :)